Tiket Perlawanan Malaysia Menentang Myanmar Laris Seperti ‘Pisang Goreng Panas’

Disebabkan mendapat permintaan yang tinggi, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan mereka telah menambah 2000 keping tiket lagi untuk perlawanan Piala Suzuki AFF diantara Malaysia menentang Myanmar yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Menurut sumber, difahamkan kuota 12,000 tiket yang dijual secara online dan di cawangan terpilih Al-Ikhsan Sports sekitar lembah klang kini sudah habis dijual.

Disebabkan itu, FAM mengambil langkah dengan menambah kuota tiket bagi penjualan di dua saluran berkenaan. Malah, penyokong Harimau Malaya kini sudah boleh kembali membuat pembelian secara online dilaman web tickethotline.com.my bermula, hari ini.

Kaunter tiket akan dibuka pada hari Selasa ini

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan badan induk itu juga akan membuka kaunter khas di Wisma FAM untuk pada hari Selasa ini untuk memudahkan para penyokong mendapat tiket sempena cuti umum Maulidur Rasul.

“FAM mengambil inisiatif tambahan apabila turut akan membuka ‘kaunter khas’ di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula pada Selasa hingga Khamis ini dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

“FAM juga dalam perbincangan dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bagi mendapatkan kebenaran membuka kaunter jualan tiket di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa ini sempena dengan cuti umum.

“Ia bagi memberi lebih pilihan kepada penyokong Harimau Malaya membeli tiket lebih awal. Info lanjut akan dimaklumkan dalam masa terdekat selepas mendapat pengesahan.

“Seterusnya, kaunter tiket di Stadium Nasional, Bukit Jalil seperti biasa akan dibuka pada Jumaat dari 10 pagi hingga 5 petang dan juga pada hari perlawanan bermula dari jam 10 pagi hingga sepak mula perlawanan,” kata Stuart dalam kenyataan di laman facebook rasmi FAM.

Harga tiket bagi perlawanan itu bernilai RM20 bagi tempat duduk terbuka, RM30 bagi tempat duduk grandstand dan RM5 bagi tiket kanak-kanak.

Selain itu, Stuart berharap seluruh penyokong Harimau Malaya dapat membanjiri stadium bagi memberi sokongan padu kepada skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang amat memerlukan kemenangan bagi mengesahkan tempat di separuh akhir Piala AFF.

“Sudah tentu kelebihan beraksi di gelanggang sendiri perlu dimanfaatkan dengan bantuan sorakan padu daripada puluhan ribu penyokong Harimau Malaya,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN