SCL2018: Jaringan Lewat Permainan Zul Hilmi Bantu ABMK Ranapkan Impian Klang Southern FC

ABMK

Jaringan minit akhir menerusi sepakan penalti yang dihasilkan Muhammad Zul Hilmi Zaki menghadiahkan kemenangan 1-0 buat Akademi Bolasepak Merah Kuning (ABMK) menewaskan Klang Southern FC di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Aksi kurang bermaya ditampilkan kedua-dua pasukan ketika Klang Southern FC memerlukan kemenangan besar pada perlawanan ini untuk melayakkan diri ke suku akhir.

Ia dibuktikan apabila hanya satu percubaan tepat dicipta pada aksi 35 minit pertama menerusi rembatan Saiful Azlizan yang ditangkap kemas penjaga gol Klang Southern FC, Alif Daniel.

Walaupun sudah mengesahkan tiket ke saingan kalah mati, ABMK masih berupaya mempersembahkan corak permainan kemas dengan variasi hantaran berkualiti dijelmakan.

Dua peluang yang dimiliki skuad dibimbing Asmawi Bakiri secara berturut-turut dalam tempoh dua minit juga masih gagal menghasilkan jaringan selepas Shah Razmi Jasmi yang mendapat lorongan cantik dari Fazli Baharudin melepaskan sepakan sipi yang tersasar.

Seminit kemudian, Alif Daniel dengan mudah menangkap kemas bola hasil percubaan yang diledakkan Amirul Sugito.

Ketika perlawanan dilihat bakal berakhir tanpa jaringan, Zul Hilmi Zaki menceriakan kem ABMK selepas beliau berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-70 menerusi satu sepakan percuma yang cantik terus menerjah gawang Klang Southern FC.

Kekalahan minit akhir itu menutup terus peluang buat Klang Southern untuk mengulangi pencapaian musim lalu bagi beraksi di peringkat suku akhir.

Sementara itu, ABMK pula gah untuk menamatkan saingan di puncak kumpulan A Selangor Champions League 2018 dengan mencatatkan 17 mata serta mengekalkan rekod tanpa kalah.

Pemain terbaik perlawanan: Ryan Ong Venking (Klang Southern FC)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN