Tiket Aksi Indonesia Lawan Argentina Dijual Serendah RM185 Sahaja!

Indonesia

Aksi masyhur melibatkan pasukan Asia Tenggara iaitu Indonesia dan juga juara dunia iaitu Argentina kini telah diketahui jumlah harga tiketnya.

Dengan perlawanan bakal diadakan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta ianya pasti akan mendapat sambutan hangat apabila bintang-bintang bola sepak dunia akan beraksi menentang skuad Garuda.

Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) telah mengumumkan harga jualan tiket bagi perlawanan sensasi itu dengan nilai terendah adalah RM185 (IDR 600 ribu) sahaja.

Menurut laman rasmi PSSI, jualan tiket ini dibahagikan kepada empat jenis merangkumi kategori VIP, kategori 1, kategori 2 dan kategori 3.

Berikut merupakan pecahan harga tiket mengikut kategori:

  1. Kategori VIP – IDR 4,250,000 (RM1,300)
  2. Kategori 1 – IDR 2,500,000 (RM770)
  3. Kategori 2 – IDR 1,200,000 (RM370)
  4. Kategori 3 – IDR 600,000 (RM185)

Ketika pengumuman ini dilakukan, pihak PSSI menerusi presidennya iaitu Erick Thohir berkata jualan tiket ini akan bermula pada 5 Jun dengan terdapat sesetengah kelompok yang boleh mendapatkannya lebih awal.

5 Jun adalah tarikh yang dimana pemegang kad Bank Rakyat Indonesia boleh mendapatkan tiket terlebih dahulu sebelum jualan dibuka kepada umum keesokannya.

Sebanyak 60 ribu keping tiket akan dijual untuk perlawanan ini dengan jangkaan jualan akan laku keras bakal berlaku memandangkan status perlawanan ini yang cukup besar.

Jadi, adalah perlu untuk penyokong-penyokong Indonesia ‘berperang’ di depan komputer riba masing-masing demi mendapatkan tiket. Kalau lambat, terlepas nanti bukan selalu Lionel Messi datang tau!

Indonesia merupakan sebahagian daripada dua negara Asia yang menjadi pilihan Argentina untuk ditentang pada perlawanan jelajah Asia Jun ini.

Satu lagi negara yang bakal ditentang mereka adalah Australia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN