Tiga Pemain Akan Disingkirkan Daripada Skuad Piala AFF Selepas Menentang Maldives

Aksi persahabatan antarabangsa menentang Maldives di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Sabtu ini merupakan peluang terakhir kepada 26 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya untuk membuktikan kemampuan masing-masing.

Selepas perlawanan  itu, Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe akan mengumumkan 23 pemain terbaik yang membawa cabaran di Kejohanan Piala AFF minggu depan.

“26 pemain yang bersama skuad negara mahu mendapatkan tempat dalam skuad yang bakal bersaing dalam Piala AFF. Selepas aksi persahabatan berdepan Maldives, kami akan mengumumkan tiga pemain yang tidak akan bersama pasukan,” katanya kepada Stadium Astro.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin memberi taklimat kepada para pemain.

Selain skill pemain, antara kriteria yang diperlukan oleh Cheng Hoe untuk menyenaraikan pemain itu dalam skuad Piala AFF ialah pemain itu mempunyai tahap kecergasan yang tinggi dan bebas daripada kecederaan.

Hal ini kerana kualiti pasukan ASEAN semakin meningkat dengan pasukan Filipina kini dilihat sebagai calon juara selepas berjaya khidmat bekas jurulatih England, Sven Goran Erikssen.

“Seluruh Asia Tenggara menantikan kejohanan ini dan Filipina telah mengambil serius dengan melantik bekas pengendali England,” ujarnya.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menetapkan sasaran awal untuk melihat skuad kendalian Tan Cheng Hoe melangkah ke perlawanan akhir Piala AFF tahun ini.

Bagaimanapun Presiden FAM, Datuk Hamidin menjelaskan pihaknya tidak akan bersikap terburu-buru untuk mengambil tindakan terhadap jurulatih andai sasaran diletakkan itu gagal dicapai.

“Saya sudah umumkan dulu lagi, sejak dipilih sebagai presiden, sasaran untuk Sukan SEA tahun depan dan Piala AFF adalah final, tapi bukan bila tak masuk saya akan pecat beliau (jurulatih). Kita ada analisa kita sendiri nanti,” kata Hamidin.

Malaysia yang diletakkan dalam Kumpulan A akan bersaing bersama Vietnam, Myanmar, Laos dan Kemboja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN