Usaha Barcelona untuk membawa penyerang prolifik, Robert Lewandowski dilihat semakin samar-samar apabila masih belum ada sebarang jawapan diberikan oleh kelab majikan pemain tersebut iaitu Bayern Munich.
Menurut sumber ESPN, walaupun sudah tiga kali tawaran dibuat kepada Bayern, kelab tersebut enggan melepaskan penyerang mereka ke Barcelona pada musim akan datang.
Sebelum itu, Lewandowski ada membuat kenyataan mengenai diri beliau yang ingin berhijrah ke pasukan baharu walaupun mempunyai baki kontrak sehingga 2023.
#Stanišić trifft & @lewy_official bekommt die Torjägerkanone!
Die Highlights und Stimmen vom letzten #Bundesliga-Spiel in dieser Saison! 🎥👇 #MiaSanMeister #MiaSanMia
— FC Bayern München (@FCBayern) May 17, 2022
Pada musim panas kali ini, Barcelona jelas meletakkan penyerang kebangsaan Poland itu sebagai sasaran utama mereka dengan Pengurus kelab, Xavi Hernandez berharap Lewandowski menyertai mereka.
Namun segala perancangan tersebut dilihat tidak menjadi apabila rundingan yang dibuat Barcelona gagal memenuhi kehendak utama Bayern untuk melepaskan pemain tersebut.
Sumber dari ESPN sebelum itu ada mengatakan pada awal bidaan dibuat Barcelona, nilai diletakkan mereka kurang daripada £40 juta dan menyebabkan Bayern menolak begitu sahaja.
Namun untuk bidaan terbaharu, Barcelona dikhabarkan menambah nilai wang mereka bersama beberapa lagi tambahan untuk menunjukkan kelab tersebut serius mahu mendapatkan Lewandowski.
Tor Nummer 6️⃣9️⃣ für @lewy_official in 2021! ⚽🔥👏#FCBWOB #MiaSanMia #FCBayern pic.twitter.com/vcp2TSPHoS
— FC Bayern München (@FCBayern) December 21, 2021
Ketua Eksekutif Bayern, Oliver Kahn secara terbuka menyatakan kelab masih memerlukan khidmat Lewandowski untuk musim baharu dan menjangkakan pemain tersebut bakal menjalani latihan pra-musim bersama rakan pasukan.
Selain itu, bekas Presiden Bayern iaitu Uli Hoeness juga telah memberi amaran kepada Barcelona agar melupakan sahaja usaha untuk mendapatkan Lewandowski.
“Saya tidak tahu mengenai tawaran yang telah dibuat oleh Barcelona, tetapi sekiranya aa berlaku, saya nasihatkan agar mereka lupakan sahaja niat tersebut.
“Saya tak membuat keputusan keputusan sendiri, tetapi penjelasan Bayern adalah jelas. Mereka sendiri berkata Lewandowski perlu menghormati kontraknya bersama kelab.
“Saya sendiri tidak dapat membayangkan, dengan sejumlah wang mampu mengubah fikiran mereka,” jelas Hoeness.
Lewandowski menjadi fenomena dalam kelabnya apabila telah meledak 344 gol sepanjang 375 penampilan bersama kelab tersebut.
🤳 @lewy_official pic.twitter.com/OUHZVBigqN
— FC Bayern München (@FCBayern) March 8, 2022
Tampil dengan ciri serba lengkap selaku seorang penyerang terbaik dunia, maka tidak hairan Barcelona begitu menginginkan khidmat pemain ini pada musim akan datang untuk mengukuhkan jenteran serangan mereka.