Tiga Import Baharu Dan Seorang Pemain Naturalisasi Memperkuatkan Pulau Pinang Musim Hadapan

Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) hari ini telah mengumumkan senarai awal tiga pemain import yang telah dirantai pasukan Liga Premier itu bagi mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Menerusi laman rasmi Facebook FA Penang, tiga pemain import baharu yang disahkan menyertai mereka adalah Julian Battaro (Argentina), Ndumba Makeche (Australia) dan Sebastien Thuriere (Haiti).

Manakala pemain dari Korea Selatan, Kang Seung Jo merupakan satu-satunya pemain import yang dikekalkan dari skuad 2018.

Dalam perkembangan sama, FAP turut mengumumkan sebelas pemain tempatan baharu – Syamim, Faizal, Tunku Hidayat, Segar, Sivanesan, Hafiz Harun, Dhiyaulrahman, Lim Yong Sheng, Rahizi, Ramze, Som Keat dan seorang pemain naturalisasi Stuart Wark.

Dikekalkan

Sementara itu, hanya enam pemain sahaja dalam skuad Pulau Pinang 2018 yang dikekalkan iaitu; Azrul Ahmad, Abdul Qayyum, Khairul Akmal, Nurfais Johari, Hazrull Hafiz dan Afif Azman.

Manakala Asyraf Rojani dan Hasrul Che Halim merupakan antara pemain yang telah dinaikkan pangkat dari skuad Piala Presiden ke skuad senior.

Selesai tungakkan gaji

Terdahulu, FAP telah mengumumkan bahawa permasalahan tunggakkan gaji pegawai dan pemain 2018 telah  diselesaikan.

Menerusi satu kenyataan, FAP berkata, segala tunggakan gaji pegawai dan pemain Liga Premier, Piala Belia dan Piala Presiden 2018 telah selesai.

“Alhamdulillah tunggakan gaji pegawai dan pemain pada musim 2018 telah diselesaikan pada hari ini (31 Disember).”

“FAP mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Chow Kon Yeow, Presiden FAP, Y.B Dr. Amar Pritpal Abdullah dan pada semua yang berusaha membantu menyelesaikan isu ini.”

“Terima kasih..! Terima kasih..! Terima kasih..!.”

FAP sebelum ini menghadapi kemelut tunggakan gaji apabila beberapa bekas pemain tampil mendedahkan persatuan tersebut tidak mengotakan janji untuk membayar tunggakan gaji selama lima ke enam bulan selepas diterajui pengurusan baharu.

Presiden FAP, Dr Amar Pritpal pada awalnya berjanji akan melangsaikan tunggakan tersebut pada 18 Oktober, namun selepas sebulan berlalu, persatuan itu terus mendiamkan diri sehingga membuatkan bekas-bekas pemainnya hilang sabar dan membuat pendedahan kepada media.

 

Kredit foto: FA Penang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN