Graeme Souness Dan Jamie Carragher Yakin Liverpool Masih Calon Utama Juarai EPL

Liverpool tetap merupakan calon utama juara Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini.

Itu ramalan dari dua bekas pemain Liverpool, Graeme Souness dan Jamie Carragher yang percaya bahawa pasukan itu masih memiliki kelebihan dalam pemburuan kejuaraan EPL – walaupun tewas buat kali pertama kepada Manchester City pada musim ini.

Liverpool terpaksa akur dengan kekalahan 1-2 ditangan Manchester City di Etihad pada awal pagi Khamis lalu, sekaligus menyaksikan skuad kendalian Jurgen Klopp itu semakin rapat diekori persaing terdekat mereka.

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Dalam wawancara bersama Sky Sports, Souness akui yang Liverpool kini masih berada dikedudukan terbaik walaupun tewas kepada Man City.

“Liverpool ketika ini berada dalam keadaan yang hebat. Tanya kepada kedua-dua pengurus [Klopp atau Guardiola]di mana posisi yang mereka inginkan ketika ini, anda akan memilih kelebihan empat mata berkenaan dan berada di puncak liga, terutama dengan apa yang sedang Liverpool harungi.” katanya.

Perlawanan seterusnya

Bagi Carragher pula, beliau senada dengan pandangan Souness yang percaya Liverpool akan terus mengekalkan kedudukan teratas liga kerana kelab itu bakal berdepan lawan yang lebih mudah selepas ini.

Selepas bertemu Arsenal dan Man City secara berturut-turut, Liverpool tidak akan menentang kelab di kedudukan enam terbaik sehingga 23 Februari depan.

https://twitter.com/AnfieldHQ/status/1081097707144470528?s=19

Untuk perlawanan EPL seterusnya, Liverpool akan berkunjung ke Stadium Falmer bertemu Brighton & Hove Albion, kemudian – Crystal Palace 19/01, Leicester City 31/01, West Ham 05/02, A.F.C Bournemouth 09/02 sebelum The Reds berkunjung ke Manchester United pada 24 Februari nanti.

Ini memberi kelebihan buat Liverpool untuk mengukuhkan cengkaman dipersada Liga Perdana Inggeris.

“Mereka sudah menunjukkan prestasi, terutama menentang pasukan di luar kedudukan enam terbaik.”

“Memiliki kelebihan empat mata jelas masih posisi yang baik untuk diduduki. Liverpool hanya perlu bertenang, meraih beberapa kemenangan, mungkin memperbaiki kelebihan jika mereka mampu mengharungi bulan depan.” kata Carragher.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN