Tiga Bekas Import Kedah Yang Gagal Menyerlah Era Aidil Sharin

Kedah Darul Aman antara pasukan yang sering memperkenalkan barisan pemain import menyerlah sehingga setiap kali akhir musim, akan ada beberapa pasukan lain berminat mendapatkan mereka untuk tahun seterusnya.

Aidil Sharin sejak menyertai kem kejurulatihan Kedah pada 2019, nyata sudah mempunyai banyak barisan pemain import yang beraksi bawah kendalian beliau yang datang dari pelbagai negara untuk memperkukuhkan taktikal pengendali ini.

Namun, beliau juga tidak lari seperti sesetengah pengendali lain mengenai ada pemain import yang gagal menyerlah dan memberi kesan dalam pasukan sehingga dikritik hebat oleh segelintir penyokong.

Ini adalah tiga bekas pemain import yang disifatkan sebagai gagal untuk memberi impak bersama Kedah sepanjang berada bawah kendalian Aidil Sharin.

Anmar Almubarakki

Bekas pemain kebangsaan Iraq yang menyertai slot import Asia buat Kedah ini gagal untuk memberi impak seperti yang diinginkan oleh Kedah di bahagian tengah selain kerap dirundung kecederaan yang memaksa beliau diketepikan oleh kelab tersebut.

Walaupun begitu, beliau tetap mempunyai satu sumbangan gol sewaktu Kedah menewaskan Felda United dengan keputusan 4-0 di Stadium Darul Aman dan selepas itu beliau tidak mempunyai banyak aksi dalam pentas Liga Super.

Khidmat beliau ditamatkan pada Julai menerusi pengumuman media rasmi Kedah bagi digantikan oleh import baharu, Edgar Bernhardt di posisi tengah.

Amin Nazari

Pada musim 2020, segelintir penyokong Kedah menguar-uarkan khabar angin mengenai jeneral import baharu pasukan yang bakal menjadi maestro utama musim tersebut di bahagian tengah.

Pemain kacukan Sweden-Filipina itu menyertai Kedah pada musim 2020 bagi slot Asia dari kelab, Ratchaburi Mitr Phol bagi mengukuhkan jentera tengah pasukan yang dilihat sedikit goyah sejak musim sebelum itu.

Namun apa yang mengecewakan apabila kelibat Amin dilihat terlalu biasa dan tiada keistimewaan yang diterjemahkan beliau berbanding pemain tempatan.

Selain menjadi bahan gurauan penyokong, Amin juga ketika itu sering dibandingkan bersama pemain tengah muda Kedah, Fadzrul Danel yang dilihat lebih efektif berbanding beliau.

Rabih Ataya

Sewaktu bersama UiTM FC, nama Rabih Ataya antara import yang sangat menyerlah kerana berjaya menghidupkan serangan pasuka itu dan mempunyai reputasi yang cukup tinggi.

Kelibat beliau pada awalnya menyertai Kedah amat dinantikan para penyokong yang menagih aksi lincah sebelum itu dipamerkan jua ketika bersama Sang Kenari.

Namun apa yang mengecewakan apabila kelibat Rabih tidak berjaya memberi sepenuhnya seperti diharapkan oleh para penyokong apabila aksi pemain kebangsaan Lubnan ini terlalu goyah dan menyusahkan rakan sepasukan selain kerap mengalami kecederaan.

Lebih parah, posisi beliau selaku pemain tengah menyerang juga gagal untuk menghidupkan lagi jentera serangan pasukan kerana gema memegang bola terlalu lama dalam situasi tak sepatutnya.

Kesimpulan

Walaupun setiap musim Kedah berjaya mendapat kebanyakan import yang berkualiti untuk bersaing di Liga Malaysia (Liga-M), skuad ini juga tidak dapat mengelak daripada menandatangani seorang import yang lemah.

Untuk musim ini masih lagi awal hendak diperkatakan, namun kelibat penyerang import mereka iaitu Ronald Ngah Wanja mula bermain di bibir pengkritik sebelum pemain dari Cameroon itu berjaya mempamerkan aksi lebih mantap pada perlawanan lalu menentang Penang.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN