Tidak Putus Asa, Thanabalan Tekad Beri Kejayaan Buat Sabah

Pemain Sabah dan bekas penyerang handalan skuad bawah 23 (B-23) negara, N. Thanabalan berharap musim 2022 ini mampu menjadi detik kebangkitan semula dalam karier beliau selaku pemain bola sepak profesional setelah beberapa musim sebelum ini bergelut untuk mendapatkan prestasi yang terbaik akibat masalah kecederaan.

Walaupun sebelum ini sukar mendapat tempat dalam beberapa pasukan yang diwakilinya seperti Negeri Sembilan, Kedah, dan, Perak II, jelas pemain berusia 27 tahun ini beliau tidak sesekali akan berputus asa atau terfikir untuk bersara lebih awal dalam sukan tersebut.

Tambah Thanabalan, beliau mengakui isu kecederaan merupakan perkara biasa yang perlu dihadapi oleh setiap pemain dan ada pemain yang terus hilang dalam dunia bola sepak kerana masalah kecederaan serius di bahagian kaki.

“Kecederaan dalam bola sepak ini adalah satu perkara yang biasa dalam bola sepak dan ramai juga pemain yang ‘hilang’ kerana masalah kecederaan di bahagian kaki.

“Sebelum datang ke Sabah, saya memang ada alami masalah kecederaan di lutut kanan hingga perlu jalani proses pemulihan. Namun saya rasa lega kerana dapat juga beraksi pada penghujung tahun lalu.

“Saya tidak kisah jika orang tidak lagi ingat saya selepas pernah bantu pasukan negara mara ke final Sukan SEA 2017 kerana sebagai pemain bola sepak, situasi ini adalah lumrah.

“Apa yang penting, jangan sama sekali berputus asa dalam karier dan saya tengah cuba buktikan selepas berjaya untuk terus bersama Sabah pada musim ini,” katanya dalam Berita Harian.

Karier Thanabalan dalam dunia bola sepak seakan-akan merudum apabila kurang menjadi bisa beliau dalam kebanyakan pasukan yang disertai walaupun mendapat perhatian yang sangat tinggi sewaktu bersama skuad kebangsaan mara ke perlawanan akhir Sukan SEA 2017 selain dihantui masalah kecederaan.

Namun segalanya kini tampak lebih positif sejak penyertaan beliau bersama Sabah apabila Thanabalan yang sebelum ini hampir separuh musim tidak beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) akibat kecederaan mula diberi peluang beraksi dan mempamerkan kembali aksinya.

Daripada 10 penampilan keseluruhan bersama Sabah, Thanabalan telah diturunkan tujuh kali selaku pemain dalam kesebelasan utama dan tiga kali selaku pemain gantian.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN