Pemain tengah England, Jordan Henderson telah menghubungi Jurgen Klopp dan memaklumkan bahawa beliau mahu menamatkan masa cuti yang diberikan dan ingin kembali berlatih bersama Liverpool secepat yang mungkin.
Namun, permintaan Henderson itu sama sekali ditolak oleh Klopp.
Sebaliknya, Kloop menasihati beliau agar jangan terlalu terburu-buru memikirkan tentang latihan bersama pasukan dan beliau diminta untuk menghabiskan cuti selama tiga minggu yang diberikan.
“Dia telah menelefon saya dan saya katakan kepadanya ‘Gila’!” ujar Jurgen Klopp.
“Ia adalah sesuatu yang sukar untuk meyakinkan Hendo (Henderson) bahawa dia perlu bercuti. Saya tahu ia akan berlaku.”
“Jordan perlu bercuti dan bermakna dia akan kembali pada 5 Ogos akan datang.”
Henderson telah menggalas tugas dalam kesebelasan utama skuad The Three Lions bagi mengharungi kempen Piala Dunia 2018 di Rusia yang lalu.
Beliau diberi kepercayaan oleh Gareth Southgate untuk beraksi sehingga perlawanan bertemu Croatia di peringkat separuh akhir.
Setelah kejohanan berakhir, Henderson telah diberikan cuti selama tiga minggu untuk berehat.
Ini bermakna, beliau berkemungkinan bakal terlepas untuk beraksi pada perlawanan pertama Liverpool di saingan Premier League bertemu West Ham pada 12 Ogos nanti.
Klopp had to force 'crazy' Jordan Henderson to take a holiday after the World Cuphttps://t.co/Gqad7t1ZvU pic.twitter.com/xX6GJhdlGC
— GOAL (@goal) July 19, 2018
Selain Henderson, pertahanan Croatia, Dejan Lovren dan penjaga gol Belgium, Simon Mignolet turut akan terlepas pada perlawanan pertama tersebut.
Mereka akan kembali menjalani latihan seminggu sebelumnya.
“Dejan (Lovren) sedang berpesta di Croatia dan ianya dibezakan satu hari dengan England. Jadi bermakna, dia akan kembali berlatih bersama Liverpool pada 6 Ogos,” kata Klopp.
“Itu bermakna lima hari latihan selepas tiga minggu bercuti.”
“Saya harap kami tidak perlu memikirkan soal dua pemain ini bertemu West Ham nanti.” tegas Klopp.