Tidak Hairan Mengapa AFC Pandang Tinggi JDT Untuk Jadi Tuan Rumah AFC Champions League

Johor Bahru telah dipilih menjadi salah satu tuan rumah untuk penganjuran pertandingan bola sepak kelab elit Asia, iaitu AFC Champions League sebentar tadi.

Melalui pengumuman oleh AFC, empat venue telah dipilih untuk menjadi tuan rumah secara berpusat untuk zon timur pertandingan tersebut.

Buriram, Thailand telah dipilih untuk menajdi tuan rumah Kumpulan F yang turut menyaksikan waklil China, Shandong Taishan FC, Urawa Red Diamonds dari Jepan, dan kelab Singapura Lion City Sailors mengambil bahagian. Satu lagi pasukan akan ditentukan selepas play-off di antara wakil Korea Selatan Daegu FC dan Thailand, Buriram United.

Berdasarkan apa yang boleh kita lihat di saingan Kumpulan F, tuan rumah tidak semestinya di kalangan pasukan bertanding sekiranya Buriram United gagal melepas saingan peringkat play-off.

Saingan Kumpulan G pula akan diadakan juga di Thailand, iaitu di Bangkok, menyaksikan wakil Australia Melbourne City beraksi di pertandingan ini buat kali pertama. Tiga pasukan lain adalah BG Pathum United (Thailand), Jeonam Dragons (Korea Selatan) dan United City FC (Filipina).

Saingan Kumpulan H menyaksikan bandar Ho Chi Minh, Vietnam menjadi tuan rumah. Jeonbuk Hyundai Motors (Korea Selatan), Yokohama F Marinos (Jepun), Hoang Ang Gia Lai (Vietnam) akan bersaing di dalam kumpulan tersebut.

Johor Bahru pilihan AFC

Ia tidak menghairankan mengapa Johor Bahru menjadi pilihan AFC untuk menjadi tuan rumah saingan Kumpulan I. Selain daripada kerana JDT sendiri beraksi di kumpulan tersebut, kemudahan asas lain yang memudahkan penganjuran turut menjadi salah satu sebab Johor Bahru menjadi pilihan.

Selain JDT, Kumpulan I turut menempatkan juara J-League, Kawasaki Frontale, kelab Liga Super China, Guangzhou FC dan satu lagi pasukan akan ditentukan melalui slot play-off sama ada Ulsan Hyundai atau Port FC.

Walaupun tidak dinyatakan, kemungkinan besar semua perlawanan yang diadakan di dalam Kumpulan I akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim – yang merupakan stadium terbaik tahun 2020 menurut undian yang dilakukan oleh StadiunmDB.com.

Selain Stadium Sultan Ibrahim, perlawanan turut boleh diadakan di Stadium Tan Sri Dato’ Hj. Hassan Yunos atau juga dikenali sebagai Stadium Larkin yang turut pernah dijadikan venue pertandingan elit bola sepak benua Asia itu sebelum ini.

Kemudahan lain

Selain daripada kemudahan stadium, Johor Bahru dilihat sebagai venue menarik kerana fasiliti yang mampu disediakan oleh JDT untuk pasukan-pasukan bertanding.

Antara kriteria lain yang ditetapkan AFC untuk sesebuah tempat dan pasukan menjadi tuan rumah adalah seperti keperluan logistik seperti penggunaan video bantuan pengadil (VAR), jarak perjalanan minimum kelab, padang latihan, kemudahan penerbangan dan fasiliti perubatan untuk ujian pengesanan COVID-19 kepada semua pemain dan pegawai yang kosnya ditanggung oleh AFC.

Ianya bukan masalah bagi kelab seperti JDT kerana sudah memiliki setiap kemudahan asas yang diperlukan. Sebaliknya ia akan lebih memudahkan AFC yang hanya perlu melakukan sedikit penyesuaian sesuai dengan keperluan pertandingan.

Malah kelab itu memiliki beberapa padang latihan yang memenuhi piawaian antarabangsa untuk digunakan kesemua kelab bertanding secara berasingan – sesuatu yang sukar diperolehi di kelab-kelab lain.

Tidak dinafikan keadaan pandemik pada hari ini menyebabkan kesukaran penganjuran pertandingan sebegini. Dan apabila segala kemudahan ‘centralized’ seperti yang dimiliki JDT, sekurang-kurangnya AFC tidak perlu pening kepala mengenai isu kesihatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN