Ketua Jurulatih Sarawak United Disebut Bakal Jadi Pembantu Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan dikatakan bakal bergelar Pembantu Jurulatih kepada Kim Pan-gon dalam membentuk pasukan kejurulatihan Harimau Malaya yang baharu.

Sekiranya benar, maka pelantikan E.Elavarasan akan menamatkan desas desus dan pertanyaan siapakah daripada kalangan jurulatih tempatan yang akan menyertai pasukan kejurulatihan baharu di bawah kendalian jurulatih dari Korea Selatan itu.

Kim Pan-gon dan barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya yang baharu dijadualkan diumumkan esok dalam satu majlis oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Namun laporan akhbar daripada Arena Metro pada hari ini mendedahkan daripada satu sumber, E. Elavarasan adalah jurulatih yang telah dipilih berdasarkan kebolehan dan kecekapan komunikasi beliau sekali gus memudahkan penyampaian arahan Pan-gon kepada barisan pemain kelak.

Selain daripada laporan oleh Arena Metro, ciapan daripada wartawan Star, T. Avineshwaran turut menamakan E. Elavarasan sebagai pilihan yang sesuai berdasarkan karakter yang dimiliki oleh jurulatih berusia 57 tahun itu.

Sebelum ini beberapa nama lain turut dikaitkan dengan jawatan pembantu jurulatih dari kalangan jurulatih tempatan. Antaranya adalah Nidzam Jamil yang baru menyertai Selangor FC dan ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC, Nafuzi Zain.

Tidak ketinggalan adalah bekas ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan dan pembantu jurulatih Penang FC, Manzoor Azwira turut berada di dalam senarai pencalonan oleh FAM.

Selain Pau Marti Vicente dan Elavarasan, KimPan-gon turut akan dibantu oleh Cho Jun Ho (jurulatih penjaga gol), Dr Gokhan Kandemir (jurulatih kecergasan) dan Lim Jaehun (penganalisis).

Sehingga artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan status Elavarasan bersama Sarawak United sekiranya beliau menyertai pasukan kejurulatihan baharu Harimau Malaya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN