Pato Sah Menyertai Kelab China Tianjin Quanjian, Sebelum Ini Cakap Tidak Berminat

Bekas bintang AC Milan dan Chelsea, Alexandre Pato akhirnya menyertai kelab Chinese Super League, Tianjin Quanjian. Ianya selepas berkali-kali beliau menyatakan tidak berminat menyertai liga China.

Sebelum ini Pato enggan bercerita soal perpindahan ke China, sebaliknya beliau lebih memikirkan soal untuk kembalikan prestasi terbaik dan bermain di Eropah.

Pato memeterai perpindahan £15.4 juta dari Villareal ke Tianjin Quanjian untuk menjadi bintang ke-2 dari Eropah dibeli kelab tersebut dalam perpindahan kali ini.

Sebelum ini mereka sudah mendapatkan sasaran Juventus, Axel Witsel dari Zenith St. Petersburgh. Witsel gembira dengan kehadiran Pato ke kelab tersebut.

Beliau terus memuat naik tweet untuk mengucapkan selamat datang kepada rakan baru beliau di dalam skuad Tianjin Quanjian.

Alexandre Pato pula berkata:

“Saya sangat gembira menjadi sebahagian daripada kelab ini.”

Jurulatih Tianjin Quanjian, Fabio Cannavaro menyatakan beliau memang sangat memerlukan khidmat Pato di kelab tersebut.

Alexandre Pato dikatakan menerima gaji £100,000 seminggu di kelab tersebut. Sebelum ini Tianjin cuba membida Solomon Rondon, namun pemain tersebut menolak tawaran mewah ke China.

Alexandre Pato berharap karier beliau di China akan cemerlang dan membantu menaikkan prestij Chinese Super League.

Pemain ini pernah menjadi antara penggempur terbaik di Eropah. Prospek utama Brazil pada usia muda. Namun beliau kerap dilanda kecederaan dan merencatkan aksi beliau.

Pato baru sahaja 27 tahun, beliau sudah gagal menjadi pemain utama skuad kebangsaan Brazil.

Baca juga: Leonardo Ulloa Tegaskan Tak Akan Main Lagi Untuk Leicester City

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN