Tiada Saingan Piala AFC Buat Kedah & Terengganu Musim Ini

Piala AFC 2021

Ianya sah.

Cabaran dua pasukan Malaysia, Kedah Darul Aman (KDA) dan Terengganu di saingan Piala AFC 2021 telah terhenti sebelum bola disepak selepas Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) membatalkan kejohanan tersebut di beberapa zon.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh AFC, mereka membuatkan keputusan tersebut selepas gagal mendapatkan pengganti bagi tuan rumah terutamanya untuk saingan zon ASEAN yang melibatkan kumpulan G, H dan I.

Ia juga melibatkan saingan bagi zon Asia Timur iaitu kumpulan D.

Pembatalan yang dilakukan ini adalah bersifat Force Majeure atau terpaksa dilakukan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Telah diputuskan yang kejohanan akan disambung dengan baki perlawanan dan kumpulan yang ada.”

“Dalam masa yang sama, perlawanan-perlawanan di semua peringkat yang tidak boleh dilangsungkan kerana peningkatan kes Covid-19 dibatalkan dan pembatalan tersebut dianggap sebagai Force Majeure,” kata AFC.

Keputusan ini berlaku berpunca dari penarikan diri Singapura sebagai tuan rumah selepas mereka bimbang akan peningkatan kes Covid-19 di Kota Singa.

Indonesia hadir menawarkan diri sebagai pengganti namun atas faktor sama AFC tidak menerima pelawaan mereka itu.

Oleh kerana pembatalan Piala AFC 2021, tiada saingan Asia buat kedua-dua pasukan dan apa yang boleh dilakukan oleh KDA dan Terengganu cumalah kembali fokus kepada saingan Liga Super yang bakal disambung kelak.

Sambil itu, AFC turut mendedahkan yang perlawanan pusingan kalah mati bagi semua kejohanan kelab anjuran mereka akan diadakan dengan format satu perlawanan sahaja.

Ianya juga akan diadakan di sebuah lokasi berpusat yang bakal ditentukan kemudian – sama seperti yang dilakukan mereka untuk saingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Baca juga artikel kami yang lain-lain:

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

3 Sebab Kedah & Terengganu Mungkin Terpaksa Lupakan Piala AFC

3 Cara FAM Boleh Perbaiki Projek Naturalisasi Untuk Perkasakan Harimau Malaya

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN