Setelah tampil dengan dua kekalahan lalu berturut-turut di tangan Terengganu, Kedah Darul Aman (KDA) kini perlu melakar kebangkitan bagi aksi seterusnya dan mengembalikan keyakinan para penyokong.
Walaupun beraksi cemerlang pada peringkat kumpulan Piala AFC baru-baru ini di Bali, KDA dilihat gagal untuk mengekalkan momentum tersebut setelah kembali bersaing di peringkat domestik.
Untuk aksi malam esok, KDA bakal berhadapan Sarawak United di gelanggang sendiri iaitu Stadium Darul Aman untuk saingan minggu ke-12 Liga Super 2022 dalam misi untuk mencari tiga mata penuh.
Tiket akan mula dijual secara online hari ini di
Tiket fizikal akan mula dijual esok di
🏢 HQ KDA FC, Tingkat 1, Wisma PKNK
Tiket fizikal akan turut dijual pada hari perlawanan di
🏟️ Kaunter F Stadium Darul Aman
—————- pic.twitter.com/FKEWWdQUy2
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) July 16, 2022
Setelah lima perlawanan liga dilalui tanpa sebarang kemenangan, kini KDA berpotensi untuk kembali meraih keputusan positif serta tidak boleh melepaskan kelebihan beraksi di laman sendiri.
Menurut Aidil Sharin Sahak selaku pengendali KDA, beliau mahu para pemain supaya kembali bangkit dan tidak patah semangat dan mengekalkan fokus pada perlawanan seterusnya untuk mencari kembali rentak kemenangan setelah tumpas dua kali di tangan Terengganu.
“Kita tiada pilihan selain wajib mengutip tiga mata apabila beraksi di laman sendiri, dan peluang ini tidak harus disia-siakan memandangkan kita punyai kelebihan beraksi di laman sendiri.
“Apa yang penting saya mahu pemain teruskan fokus, tingkatkan komitmen mereka dalam memburu kemenangan kerana kita tidak boleh lagi kehilangan mata dengan kedudukan tangga ketujuh pada ketika ini,” katanya menerusi Arena Metro.
Selain itu, pengendali dari Singapura itu juga mengingatkan anak buahnya supaya sentiasa berwaspada akan kekuatan pasukan lawan yang dilihat pastinya tidak mahu pulang dengan tangan kosong.
Untuk rekod, pada awal musim ini KDA berjaya menewaskan Sarawak United dengan keputusan 1-0 di gelanggang lawan dan kini pastinya ada perbezaan membabit dua pasukan tersebut bagi pertemuan kedua.
“Kita harus sentiasa berwaspada dengan kekuatan tersendiri yang dimiliki Sarawak United kerana mereka juga memiliki ketajaman yang mampu memberi ancaman bahaya yang antaranya daripada import berpengalaman Uche Agba dan Francis Kone,” katanya.
Ketika ini KDA turun di tangga ketujuh Liga Super 2022 dengan mengutip 14 mata daripada 10 perlawanan dihadapi mereka.
📊 KEDUDUKAN – LS12#LigaSuper2022 pic.twitter.com/A21mM6xKgT
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 16, 2022
Manakala pelawat iaitu Sarawak United pula berada di kedudukan ke-10 setelah mengumpul 10 mata daripada 11 perlawanan dilalui kelah tersebut.