Pertahanan Kedah Darul Aman (Kedah), Rodney Celvin tampil membuat permohonan maaf atas insiden kasar beliau yang menyepak wajah penyerang berbisa Perak iaitu Seo Seonung.
Jelas Rodney, perbuatan tersebut adalah tidak disengajakan dan beliau tiada sebarang niat untuk mencederakan pemain dari Korea Selatan itu ketika insiden berlaku.
Aksi Ganas Rodney Celvin ‘Bikin’ Penyerang Perak Patah Hidung
Malah, pertahanan bertubuh tegap itu juga menjelaskan perkara tersebut berlaku secara spontan selepas beliau dikasari terlebih dahulu oleh penyerang tersebut sambil mengharapkan agar Seo kembali pulih dadipada kecederaan.
“Saya ingin memohon maaf kepada pemain Perak, penyokong-penyokong di atas insiden yang berlaku semasa perlawanan Piala Malaysia semalam.
“Sejujurnya saya tiada niat untuk mencederakan mana-mana pemain. Insiden tersebut berlaku secara spontan setelah dikasari. Semoga pemain berkenaan cepat sembuh,” jelas Rodney di Instagram peribadi beliau sebentar tadi.
Sebelum itu, Seo dilaporkan mengalami kecederaan teruk sehingga mengakibatkan hidung beliau patah selepas disepak oleh Rodney ketika situasi pertembungan membabitkan kedua pemain berkenaan.
Kesannya, pemain tersebut terpaksa keluar lebih awal di separuh masa kedua serta Rodney yang dilayangkan kad merah oleh pengadil akibat kekasaran dibuat.
Kedah yang ketika itu jelas tertekan selepas ketinggalan 1-2 kepada Perak dalam aksi sulung Piala Malaysia semalam di Ipoh walaupun sebelum itu cemerlang meledak gol pembukaan sebaik sahaja wisel separuh masa pertama dibunyikan.
Tampil selaku salah satu pasukan pilihan, skuad kendalian Nafuzi Zain seolah kehilangan arah sepanjang aksi berlangsung dan lawan lebih banyak mendominasi posisi tengah serta mencipta peluang di hadapan gol.
Lebih parah, Kedah yang beraksi dengan 10 pemain ketika itu terus dihukum dengan jaringan ketiga oleh tuan rumah menerusi jaringan yang dihasilkan oleh Hakimi Isa untuk menutup malam malang mereka di Ipoh.
PERMOHONAN MAAF DARI RODNEY CELVIN AKWENSIVE KEPADA SEO SEONUNG, PENYOKONG & PERAK FC
Info penuh: https://t.co/eMSrq3OdoN pic.twitter.com/sO7AlEZyK3
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) August 4, 2023
Sebaliknya pula buat Perak yang jelas menyambut kemenangan tersebut dengan begitu gembira selepas berjaya memperoleh kemenangan sulung mengatasi Kedah pada aksi Piala Malaysia 2023.
Namun kemenangan tersebut terpaksa dibayar dengan harga tinggi, selepas mereka kini pastinya tidak dapat menggunakan khidmat Seo untuk siri perlawanan seterusnya kerana kecederaan dialami pemain tersebut.
Untuk aksi timbal balik seterusnya bakal berlangsung pada 18 haribulan ini di Stadium Darul Aman (SDA) dalam misi Perak untuk mempertahankan kelebihan tersebut bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya.