Tiada Nama Richard Chin Untuk Panggilan B-23 Negara, Bakal Sertai Pasukan Senior?

Nama pemain muda negara, Richard Chin menjadi antara tumpuan utama sebenarnya dalam kalangan peminat bola sepak tempatan selepas beliau sudah pun menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan bawah 23 (B-23).

Namun, menerusi senarai nama pemain Malaysia B-23 yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi, kelibat Richard Chin tidak dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat seterusnya.

Malah, pemain tengah muda berbakat besar iaitu Nooa Laine Hamzah turut tidak disenaraikan untuk menyertai kem latihan tersebut yang akan bermula tidak lama lagi.

Terdahulu, FAM telah pun mengumumkan 24 pemain B-23 yang akan mengikuti sesi latihan pusat pada 19 hingga 27 Disember 2023 bagi mempersiapkan diri ke saingan Piala Asia B-23 2024.

Pada masa sama, tiga pemain terpaksa digugurkan untuk kem latihan pusat ini kerana dilaporkan mengalami kecederaan iaitu Ubaidullah Shamsul Fazili, Adam Farhan Mohd Faizal dan Haqimi Azim Rosli.

Walaupun begitu, tiga pemain lain dipanggil Juan Torres untuk menggantikan khidmat mereka ialah Mukhairi Ajmal Mahadi, Ruventhiran dan Alif Zikri Zaini Anuar.

“Tiga pemain yang tidak menyertai kem latihan pusat terdahulu pada 13 hingga 21 November 2023 berada dalam senarai iaitu Mukhairi Ajmal Mahadi, Ruventhiran dan Alif Zikri Zaini Anuar bagi mengisi ketiadaan Ubaidullah Shamsul Fazili, Adam Farhan Mohd Faizal dan Haqimi Azim Rosli yang tidak dapat menyertai kem kali ini kerana masalah kecederaan.

“Para pemain akan melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Selasa ini, 19 Disember 2023 sebelum dijadual berlepas ke Shanghai, China pada Khamis, 21 Disember 2023 bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 2 menentang China B-23 di sana pada Sabtu, 23 Disember dan Selasa, 26 Disember 2023, sebelum kembali ke tanah air pada hari berikutnya.

“Bagi kempen Piala Asia B-23 2024 di Qatar nanti, skuad Harimau Malaya B-23 yang diundi dalam Kumpulan D akan membuka saingan menentang Uzbekistan pada 17 April diikuti aksi bertemu Vietnam pada 20 April dan Kuwait pada 23 April 2024,” kata kenyataan tersebut.

Mengenai Richard Chin, berkemungkinan besar nama pemain itu tidak disenaraikan bersama skuad B-23 kerana khidmat beliau ditagih Kim Pan-gon untuk pasukan senior.

Ianya dilihat sangat berasas kerana Pan-gon kini mungkin tidak dapat menggunakan khidmat Corbin Ong yang mengalami kecederaan dan Chin diperlukan sebagai persediaan di posisi pertahanan kiri.

Chin yang kini beraksi di Eropah dilihat sebagai pemain cukup ideal untuk menempatkan diri bersama skuad senior kerana pengalaman luas dimiliki beliau sebelum itu.

Alasan sama turut wajar dilontarkan kepada Nooa Laine yang juga tidak disenaraikan bersama skuad B-23 negara kerana pemain tersebut sebelum itu sudah memiliki pengalaman bersama pasukan senior kebangsaan.

Apapun, ia hanya sebuah spekulasi kerana masih belum ada kenyataan rasmi mengapa Richard dan Nooa tidak dipanggil menyertai sesi latihan pusat bersama pasukan B-23 negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN