Tiada Lagi Penjualan Tiket Perlawanan Akhir Kedua Piala AFF Menerusi FAM

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan di laman facebook rasmi malam tadi mengumumkan mereka telah menutup penjualan tiket perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF di Stadium My Dinh, Hanoi pada hari sabtu ini.

Perkara ini bermakna sebarang pembelian yang dibuat pada hari ini dan esok, tidak akan diproses dan disahkan oleh badan induk tersebut.

FAM turut berterima kasih kepada penyokong skuad Harimau Malaya yang sudah membeli tiket menerusi mereka untuk menyaksikan perlawanan berkenaan yang akan berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu ini.

“Sokongan anda sangat dinanti-nantikan bagi menyemarakkan lagi semangat para pemain Harimau Malaya dalam memburu kemenangan di Hanoi untuk menjulang trofi kejuaraan itu,” jelas FAM.

Hanya 3000 tiket diperuntukkan untuk penyokong Malaysia

Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) sebelum ini memperuntukkan sebanyak 3,000 keping tiket kepada penyokong Malaysia untuk aksi kedua Piala AFF di Hanoi.

Sebelum ini, syarikat penerbangan tambang murah terkemuka, Air Asia memperkenalkan harga promosi untuk penyokong Harimau Malaya ke Hanoi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes, tawaran itu diberikan kerana mahu memastikan lebih ramai penyokong Malaysia dapat hadir di Stadium My Dinh untuk memberi sokongan padu kepada skuad negara.

Skuad negara amat memerlukan kemenangan ke atas Vietnam bagi mengesahkan kejuaraan Piala AFF untuk kali kedua selepas memenanginya pada tahun 2010. Malaysia terikat 2-2 ketika perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari selasa lepas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN