Kuala Lumpur Sambar Khidmat Pemain Tengah Dari Jepun

Skuad City Boys memulakan langkah untuk membina barisan yang mantap bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan apabila berjaya mengikat pemain tengah berpengalaman dari Jepun, Ryutaro Karube.

Pemain yang berusia 25 tahun itu merupakan produk pasukan bola sepak Universiti Meiji sebelum memulakan kerjaya professionalnya dengan kelab Liga divisyen 2 Jepun, Gifu FC.

Beliau kemudian berhijrah ke asia tenggara untuk mengembangkan kerjaya bola sepaknya dengan menyertai kelab Liga 1 Indonesia, Perseru Serui pada tahun 2017 dan pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik liga negara seberang itu.

Kecemerlangan dalam saingan Liga Indonesia tersebut telah menarik minat kelab dari Vietnam, FLC Thanh Hoa untuk mendapatkan khidmat pemain itu bagi menghadapi saingan Piala AFC tahun ini. Ryu berjaya menjaringkan satu gol dalam 6 penampilan dalam saingan Piala AFC.

Ryutaro Karube sudah mula menjalani sesi latihan dengan skuad Kuala Lumpur. FOTO: KLFA

Yusri Che Lah mahu perbaiki bahagian pertahanan Kuala Lumpur

Meskipun mendapat khidmat penyerang dan pemain tengah yang berkualiti, pengendali baharu Kuala Lumpur, Yusri Che Lah, memberi fokus untuk menguatkan benteng pertahanan setelah mendapati pasukannya merupakan pasukan paling banyak dibolosi di pentas Liga Super 2018, iaitu sebanyak 51 gol dalam 22 perlawanan.

Walaupun Kuala Lumpur sekadar menduduki tangga ke-10 Liga Super, mereka muncul pasukan kedua terbanyak yang mencipta jaringan selepas Johor Darul Ta’zim (JDT).

Bercakap kepada Stadium Astro, Yusri mendedahkan Kuala Lumpur berjaya sambar beberapa pemain pertahanan berpengalaman dan akan membawa masuk beberapa muka baharu daripada skuad Piala Presiden.

“Kami mendapatkan khidmat Fitri Omar (Terengganu) dan Alif Samsudin yang merupakan bekas pertahanan Felcra FC.

“Selebihnya, saya telah mengenal pasti beberapa tonggak skuad Piala Presiden yang menunjukkan peningkatan dan perlu memperkemaskan aksi mereka.

“Ini suatu perkembangan yang baik,” ujar pengendali itu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN