‘Tiada Lagi Di YouTube?’ – Astro Arena Bakal Diumum Penyiar Rasmi Liga Super 2023? Ini Kekuatan Mereka

Astro Arena Liga Super 2023 betul ke

Jam 11.30 pagi ini, operator Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) akan membuat pengumuman penting mengenai saingan Liga Super 2023 dan akan disiar secara langsung menerusi Astro Arena.

Agak janggal apabila Astro Arena akan membawakan siaran langsung pengumuman daripada pihak MFL kerana kebiasaannya sebelum ini, apa sahaja acara yang dibuat MFL akan disiar di Facebook atau Youtube.

Ini memberi petanda yang mungkin Astro Arena bakal menjadi penyiar rasmi Liga Super bagi musim 2023 yang bakal bermula sedikit masa lagi.

Berdasarkan perkongsian Grandstand Kita, ini adalah sebahagian fakta yang memungkinkan Astro Arena bakal terpilih sebagai penyiar rasmi.

Kerjasama ‘Live’ pertama dua entiti itu

Ini mungkin kali pertama siaran langsung pengumuman oleh pihak MFL akan dibawakan secara langsung di siaran televisyen – Astro Arena.

Ia dimaklumkan lewat petang semalam yang Astro Arena akan membawa pengumuman khas MFL di siaran mereka pada jam 11.30 pagi.

Namun, pengumuman itu didapati telah dibuang oleh laman Twitter Astro Arena yang sedikit sebanyak menimbulkan persoalan tentangnya.

Mungkin untuk kepastian, kita perlu menanti sama ada siaran langsung itu masih akan dibawakan oleh Astro Arena ataupun tidak, sebentar lagi.

Hubungan antara kedua-dua entiti ini boleh kita katakan agak hambar sejak hak penyiaran telah diberikan kepada Unifi dan disiarkan di YouTube.

Kita kurang mendapat liputan tentang MFL sama ada pengumuman khas mahupun siaran langsung acara undian untuk saingan Piala FA dan Piala Malaysia sejak sekian lama daripada saluran utama sukan tanah air itu.

Jika ada pun, ia hanyalah berita ataupun temu bual bersama pemain dan pasukan-pasukan yang bersaing di saingan Liga Malaysia sebelum ini.

Jadi, dengan kerjasama kedua-dua entiti ini memungkinkan yang Astro Arena mungkin bakal diumumkan sebagai penyiar rasmi musim 2023.

Jaguh dalam liputan terkini Liga Malaysia

Astro Arena sememangnya jaguh dalam menyiarkan berita-berita berkaitan saingan liga waima mereka bukanlah penyiar rasmi sebelum ini.

Sebagai saluran sukan sepenuhnya, apa sahaja berita terkini tentang Liga Malaysia akan pasti dibawakan mereka dibantu dengan kehebatan wartawan-wartawan dimiliki mereka yang sentiasa turun padang.

Siapa tidak kenal dengan Zulhelmi Zainal Azam, Fina Nasrom dan Fadhirul Shuhaimi yang sentiasa membawakan cerita-cerita Liga Malaysia.

Malah, laman Twitter mereka juga sentiasa dikemaskini dengan info terkini mengenai liga. Ia menjadi rujukan media online seperti Semuanya BOLA.

Mereka komited membawakan info terkini Liga Malaysia walaupun tidak menjadi penyiar rasmi. Ini menunjukkan komitmen mereka selama ini.

Memiliki segmen bola sepak yang menarik

Tidka dinafikan, Astro Arena sentiasa memiliki rancangan atau segmen bola sepak mereka yang menarik dan dekat dengan pengikut Liga Malaysia. Kita pernah menonton Bola@Mamak, Formasi, Dengan Izin dan sebagainya, membuktikan mereka ada kualiti menerbitkan rancangan berinformatif.

Ketika ini mereka memiliki rancangan Nindia Bola yang dikendalikan Hafizal Hamad selain Nadi Bola dan Gol Per 90 yang sangat menarik ditonton.

Rancangan-rancangan sebegini memberi lebih maklumat dan ‘insight’ tentang saingan liga dan menyemarakkan lagi sokongan penyokong.

Penyampai mereka juga bukan biasa-biasa, dibarisi penyampai otai seperti Hafizal, Zainal Abidin Rawop serta penyampai terkini seperti Keesh dan Faiz Gurun. Malah, hos jemputan mereka seperti Shukor Adan juga sentiasa memberikan kualiti tambahan terhadap rancangan terbitan mereka.

Penutup

Terbukti, Astro Arena memiliki kualiti untuk menjadi penyiar rasmi Liga Super 2023. Ini adalah sebahagian perkara yang membuktikan mereka memiliki kekuatan untuk menjadi penyiar rasmi, jika diberikan ruang.

Sejauh mana benarnya Astro Arena bakal menjadi penyiar rasmi liga? Ia akan diketahui sebentar sahaja lagi. Sama-sama kita nantikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN