‘Tiada Jurulatih Baharu’- Selangor Terus Kekalkan Khidmat Tan Cheng Hoe

Pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe dilaporkan akan terus kekal bersama pasukan tersebut untuk saingan musim hadapan, walaupun ada beberapa khabar angin sebelum ini menyatakan The Red Giants bakal memiliki jurulatih baharu.

Cheng Hoe yang mengambil alih Selangor pada pertengahan tahun lalu tidak mengambil masa yang panjang untuk menetapkan DNA tersendiri buat pasukan tersebut khususnya mengenai penguasaan bola.

Selepas tampil tidak begitu konsisten serta terumbang ambing daripada segi corak permainan, pasukan tersebut mula stabil sejak Cheng Hoe sah menjadi pengendali utama.

Musim ini, Selangor juga muncul selaku pasukan kedua terbaik selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super untuk merekodkan jumlah besar daripada segi jaringan serta paling sedikit dibolosi.

Sentuhan Cheng Hoe juga memastikan pasukan tersebut kini semakin hampir untuk menamatkan cabaran Liga Super 2023 dengan status naib juara dan kini cuba dipintas oleh Kedah Darul Aman (Kedah).

Terbaharu, Selangor berjaya meraih kemenangan seterusnya mengatasi Perak untuk menyaksikan kini mereka sudah memperoleh 55 mata secara keseluruhan.

Kemenangan 4-0 itu menyaksikan Selangor kini semakin hampir untuk beraksi di pentas AFC pada musim hadapan dan pasukan tersebut hanya mempunyai baki dua perlawanan sahaja lagi.

Walaupun begitu, pasukan tersebut masih belum mencapai sebarang trofi musim ini selepas mereka tersingkir di pusingan separuh akhir Piala FA serta Piala Malaysia.

Apapun, secara realistik Selangor dianggap berjaya muncul selaku pasukan kedua terbaik daripada segenap aspek dalam saingan Liga Super pada musim ini.

Gembira dengan prestasi semasa dibawa oleh Cheng Hoe, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab iaitu Dr Johan Kamal berharap Cheng Hoe mampu membawa sesuatu lebih baik pada musim hadapan.

“Setakat ini, kita gembira dan musim pun belum berakhir nanti. Jadi sama ada dapat capai sasaran atau tidak, sejujurnya kami lihat ada perkembangan yang baik terhadap pemain dan pasukan.

“Kami berpuas hati dengan prestasi Cheng Hoe yang baru setahun bersama pasukan dan banyak perkara positif berbanding tahun lalu.

“Untuk itu, kami berharap tahun depan akan jadi lebih baik bersama Cheng Hoe,” kata Johan menerusi laporan khas dibawa oleh Berita Harian mengenai perkara tersebut.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN