Perak Mampu Cipta Kejutan Atasi Cabaran Selangor

Perak kini boleh dianggap berada dalam prestasi terbaik mereka dalam saingan Liga Super 2023, setelah pasukan tersebut bermula sangat perlahan pada awal musim dengan tidak menyakinkan.

Beberapa perubahan dibuat pasukan tersebut termasuk dengan menggantikan khidmat Datuk Lim Teong Kim kepada Yusri Che Lah mula menampakkan hasil lebih positif sehingga konsisten dalam setiap perlawanan dari segi percaturan taktikal.

Yusri boleh dianggap sebagai pencetus kebangkitan Perak kini, setelah kejayaan beliau dalam persaingan Liga Malaysia (Liga M) untuk menewaskan beberapa pasukan gergasi seperti Kedah Darul Aman (Kedah) serta Sabah.

Pemain seperti Luciano Guaycochea menjadi antara yang memainkan peranan penting untuk kejayaan Perak kini selepas sumbangan beliau di posisi tengah jelas mendapat pujian ramai peminat.

Kelibat pemain senior seperti Wan Zack Haikal juga kini semakin menyerlah, selepas beliau agak sunyi dalam dunia bola sepak tempatan sejak beberapa musim lalu.

Malah, beberapa bintang muda pasukan itu juga kini mula memberi impak yang bagus setelah kerap diberi kepercayaan oleh Yusri dalam setiap perlawanan dihadapi mereka.

Ketika saingan liga dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada pasukan kebangsaan, Perak jelas tidak mahu momentum permainan mereka terjejas dengan dua siri persahabatan di Indonesia telah dibuat pasukan tersebut.

Hasilnya, mereka memperoleh satu kemenangan serta mencatat kekalahan tipis kepada pendahulu Liga 1 Indonesia kini, Borneo FC di gelanggang lawan.

Untuk aksi hari ini, pasukan tersebut bakal berdepan cabaran Selangor di gelanggang lawan dalam misi mereka untuk meneruskan rentak positif sebelum persaingan liga tamat.

Jika dilihat pada prestasi semasa mereka, Perak dijangka mampu untuk mencipta kejutan ke atas lawan jika segala percaturan taktikal pasukan tersebut berjalan lancar.

Jika dilihat pada statistik semasa, jelas Selangor masih lagi merupakan pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan ini selepas mereka berkelebihan daripada segi kualiti serta pengalaman para pemain.

Malah, rekod pertemuan awal musim ini juga memihak kepada Selangor selepas pasukan tersebut merekodkan kemenangan besar 4-0 di Ipoh pada 20 Mei lalu.

Walaupun begitu, segalanya kini sudah berubah dengan Selangor perlu memberi perhatian lebih kepada Perak atau mereka bakal dikecewakan di halaman sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN