Tiada Ilmu Mengurus Pasukan Punca Kelab ‘Bungkus’ Awal

Liga Malaysia

Isu utama mengapa banyak pasukan di Malaysia gagal bertahan untuk jangka masa panjang adalah disebabkan mereka yang terlibat tidak mempuyai ilmu memcukupi dalam dunia bola sepak serta tidak mengetahui cara mengurus  pasukan dengan baik.

Demikian kenyataan naib presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Firdaus Mohamed melihat senario yang terjadi di dalam Liga Malaysia ketika ini.

Baru-baru ini, Petaling Jaya (PJ) City secara rasmi tidak akan meneruskan saingan pada musim hadapan kerana mengalami masalah kewangan dan ini sedikit sebanyak menjejaskan perjalanan liga yang sudah dirancang.

Bagi mereka yang terlibat terutama pihak pengurusan, mereka perlu ada minat mendalam serta ilmu dalam bola sepak supaya pasukan itu dapat diuruskan dengan baik kerana tanpa ilmu mencukupi, ada dana yang besar dan pasukan bagus pun tidak boleh menjamin kejayaan.

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah menjawab soalan seperti ini,  jika ada duit banyak pun, tetapi tiada ilmu ia tidak mampu menghasilkan sebuah kejayaan buat pasukan itu.

Tambah Firdaus, ada sesetengah pasukan hanya ada bajet kecil sahaja tetapi berbelanja melebihi kemampuan sehingga menjejaskan perjalanan kewangan.

Lebih parah, para pemain dari skuad utama sehingga peringkat umur tidak menerima gaji berbulan-bulan dek masalah tersebut.

Tambahnya, beliau sangat berharap setiap pasukan terutama pihak pengurusan mempunyai ilmu berkenaan pengurusan pasukan kerana ia dapat memberi manfaat untuk pasukan itu juga selain mampu kekal relevan lebih lama di Liga Malaysia.

Menurut Firdaus yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, jika pasukan itu terbubar atau menarik diri dari saingan Liga Malaysia, ia memberi kesan kepada pembangunan kelab seperti pasukan Piala Belia dan Piala Presiden.

Ini sudah pasti satu kerugian amat besar untuk negara kerana secara tidak langsung kita semakin terhakis mencari pemain muda berbakat dalam mewakili Malaysia untuk kejohanan peringkat umur.

Untuk saingan Liga Super musim hadapan pada asalnya melibat 18 pasukan namun kini tinggal 15 pasukan sahaja selepas Malaysian Football League (MFL) dalam satu mesyuarat membabitkan Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab (AB) telah menolak  permohanan Lesen Kebangsaan pasukan Melaka United dan Sarawak United atas sebab kewangan.

Terbaharu PJ City menarik diri dan dikhabarkan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga sedang berusaha sedaya upaya untuk terus kekal di liga utama.

Adakah ini disebabkan masalah pengurusan dari sesetengah individu? Atau duit tahunan yang diberikan oleh MFL kepada setiap pasukan terlalu kecil?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN