Tiada Dalam Perancangan Jurulatih, KAFA Terbuka Lepaskan Khairul Fahmi Dan Bahdri Radzi

Khairul Fahmi Che Mat dan Badhri Radzi terlalu signifikan dengan pasukan Kelantan. Pasti janggal melihat beliau bermain dengan memakai jersi pasukan lain.

Namun dalam bola sepak, perkara itu sudah biasa. Khairul Fahmi kini dikaitkan dengan perpindahan ke Kuala Lumpur FA (KLFA) apabila jendela perpindahan pemain dibukan pada bulan hadapan.

Bagi pihak KAFA, Presiden Bibi Ramjani Illias Khan menyatakan pihak mereka tidak akan menghalang penjaga gol itu untuk menyertai pasukan lain dalam jendela perpindahan akan datang.

KAFA terbuka untuk berunding dengan KLFA berkenaan dengan hal itu. Bukan sahaja KLFA, malah KAFA turut membuka pintu kepada mana-mana pasukan.

Salah satu sebab KAFA berbuat demikian adalah kerana mahu mengurangkan beban perbelanjaan pasukan. Sebelum ini KAFA sudah melepaskan pemain mereka dengan pelbagai cara dan sebab bagi mengurangkan kos pasukan.

Ini selepas KAFA berhadapan dengan beban hutang lama yang bertimbun. 11 pemain sudah dilepaskan oleh pasukan Kelantan.

Bibi Ramjani memberitahu, tuntutan hutang daripada pelbagai pihak, termasuk dari FIFA. Jika tidak diselesaikan beliau khuatir ia akan memberikan impak yang teruk kepada pasukan Kelantan.

Bibi Ramjani juga mengesahkan yang Khairul Fahmi tiada dalam perancangan jurulatih baru Kelantan, Fajr Ibrahim. Dipetik daripada sumber Berita Harian, Bibi Ramjani berkata:

“Terus terang saya nyatakan, Apek (Khairul Fahmi) memang tidak ada dalam perancangan jurulatih dan beliau (Fajr) menyerahkan kepada kami untuk membuat keputusan.”

“Bagi kami, bila seseorang pemain tidak ada dalam perancangan jurulatih, dengan kekangan kewangan yang sedang kami hadapi, kami perlu akur dengan keputusan itu dan memberi ruang kepada pemain untuk bermain dengan pasukan lain.”

“Namun, setakat ini kami belum membincangkan perkara ini dengan Apek kerana saya baru selesai berunding dengan Veenod (S Veenod), Taj (Amiridzwan Taj Tajuddin) dan Faizol Nazlin (Sayuti).”

“Kami juga belum menerima sebarang tawaran untuk Apek sama ada daripada Kuala Lumpur atau pasukan lain. Tapi, pintu kami memang sentiasa terbuka untuk rundingan.”

Bibi Ramjani juga menyatakan, selain daripada Khairul Fahmi, kapten pasukan Kelantan, Badhri Radzi juga tiada dalam perancangan Fajr Ibrahim.

Beliau turut mengalu-alukan mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmat kapten paling berjaya dalam sejarah bola sepak Kelantan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN