Bas Peminat Sevilla Rosak Akibat Dibaling Batu Oleh Penyokong Barcelona

Nampaknya, isu mengenai bas diserang ini ada dimana-mana saja.

Tempoh hari kita dikejutkan dengan luahan seorang penyokong Pahang apabila bas yang dinaiki penyokong Tok Gajah dikatakan telah dibaling dengan cat merah oleh penyokong Johor Darul Ta’zim ketika perlawanan di Larkin.

Baru-baru ini di Sepanyol, penyokong Sevilla pula yang menjadi mangsa.

Bas yang dinaiki para penyokong Sevilla yang membawa mereka ke perlawanan akhir Copa Del Rey telah diserang oleh beberapa penyokong Barcelona yang tidak bertanggungjawab.

Menurut laporan di Sepanyol, bas yang dinaiki penyokong tersebut telah pun dibaling oleh batu oleh beberapa penyokong Barcelona hingga menyebabkan kerosakan pada bas tersebut.

Hasil dari serangan tersebut, bas tersebut mengalami kerosakan di bahagian cermin apabila ianya pecah teruk.

Bas penyokong Sevilla yang mengalami kerosakan

Menurut saksi, tiada penyokong Sevilla yang mengalami penyokong kecederaan serius.

Akan tetapi, terdapat seorang penyokong wanita mengalami kecederaan ringan dan perlu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, terdapat juga sebahagian penyokong Barcelona yang turut berada di situ menghalang perbuatan membaling batu yang dilakukan oleh satu kelompok penyokong Barcelona yang lain.

Dalam aksi Copa Del Rey pagi tadi, Barcelona menewaskan Sevilla dengan jaringan besar 5-0.

Luis Suarez menjaringkan 2 gol sementara Lionel Messi dan Philippe Coutinho turut menjaringkan 1 gol.

Satu lagi gol dijaringkan oleh Andres Iniesta dalam perlawanan terakhir beliau dalam saingan piala domestik Sepanyol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN