Pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel optimis bahawa bintang utama mereka, Neymar akan segera bangkit daripada kekecewaan yang dihadapi dalam saingan Piala Dunia 2018.
Kekecewaan menyelubungi skuad Brazil tatkala negara tersebut disebut-sebut sebagai calon juara bagi kejohanan edisi di Rusia itu.
Brazil ditunjukkan jalan keluar di peringkat suku akhir selepas kecundang 2-1 di tangan Belgium.
Neymar sebelum ini mengatakan bahawa tersingkirnya Brazil dari saingan Piala Dunia itu adalah merupakan detik yang begitu menyedihkan sepanjang hidup beliau.
Bagaimanapun Tuchel jelas percaya pemain berusia 26 tahun itu akan cepat untuk bangkit dari kekecewaan tersebut.
Menurut sumber Goal, Tuchel berkata: ”Semua itu menjejaskan segalanya. Saya tidak rasa dia (Neymar) memerlukan lebih motivasi.”
”Sudah tentu keseluruhan skuad Brazil mengharapkan pencapaian yang lebih. Sudah tentu, ia akan mempengaruhi pendekatan anda terhadap pemain.”
”Semua orang dalam skuad dan kelab ini mahu membantu mereka untuk merasakan sangat baik sehingga mereka dapat mendekati tujuan sebenar dan tidak merisaukan mengenai apa yang terjadi di Piala Dunia.”
”Dia merupakan pemain yang hebat. Dia tahu bagaimana untuk mengawal kejayaan dan dia tahu untuk mengendalikan kekalahan.”
”Dalam sukan anda perlu mencabar diri untuk kembali bangkit dari kekalahan. Dia akan kembali bangkit. Dia merupakan seorang juara.”
Selain daripada Neymar, Thiago Silva dan Marquinhos juga merupakan dari kelab PSG yang beraksi buat Brazil di Rusia tempoh hari.