Kenali Pemain Terbaik Sepanjang Zaman Yang Pernah Menyarung Jersi Bernombor 7

7

Dalam bola sepak, nombor 10 pada jersi diiktiraf sebagai nombor paling ikonik yang hanya dikhaskan kepada pemain paling hebat dalam sesebuah pasukan.

Namun, disebalik kemasyhuran nombor 10, nombor 7 juga mempunyai legasi dan lambang kemegahannya tersendiri.

Kebanyakan pemain-pemain hebat di dunia juga mengenakan nombor ini pada jersi mereka.

Terbaru, pemain muda terbaik Piala Dunia 2018, Kylian Mbappé bakal menggunakan nombor 7 bersama kelabnya Paris Saint-Germain (PSG).

PSG telah mengumumkan bahawa penyerang mereka itu bakal mengunakan nombor 7 untuk musim hadapan dengan menggantikan nombor 29 yang pernah digunakannya sebelum ini.

Semperna dengan itu, kami kongsikan kepada anda, 7 pemain paling hebat sepanjang zaman yang pernah mengunakan nombor 7 pada jersi mereka.

1. Cristiano Ronaldo

Real Madrid’s Cristiano Ronaldo waves to the crowd during a Spanish La Liga soccer match between Real Madrid and Atletico Madrid at the Santiago Bernabeu stadium in Madrid, Spain, Saturday Feb. 27, 2016. Atletico won the match 1-0 and after the match Ronaldo said. “If everyone was at my level, perhaps we would be in first place.” (AP Photo/Paul White)

Dunia bola sepak pada hari ini saban hari seumpama dikelilingi dengan kisah kehebatan Cristiano Ronaldo.

Ronaldo merupakan pemain berjersi 7 paling terhebat di era bola sepak moden pada hari ini. Nombor tersebut menjadi ikonik bagi dirinya sehingga beliau telah mengeluarkan jenamanya tersendiri iaitu CR7.

Beliau pertama kali menyarung jersi nombor 7 semasa menyertai Manchester United pada tahun 2008.

Ronaldo telah dianugerahkan FIFA Ballon d’Or sebanyak lima kali. Anugerah tersebut telah mengangkat namanya sebagai pemain paling terbanyak setakat ini yang menerima penghargaan tersebut.

Beliau juga mencatat sejarah bola sepak sebagai pemain pertama yang memenangi anugerah Kasut Emas Eropah sebanyak empat kali.

Sepanjang kariernya, beliau telah memenangi 22 buah trofi kejuaraan, termasuklah lima kejuaraan liga domestik, lima kejuaraan Liga Juara-Juara UEFA dan sebuah trofi kejuaraan Piala Eropah UEFA.

Sebagai seorang penyerang yang berbisa, beliau memegang rekod penjaring gol terbanyak sebanyak 16 kali dalam lima buah liga domestik di Eropah dengan mengumpul sebanyak 372 gol.

Di peringkat antarabangsa, Ronaldo telah berjaya membantu Portugal menjuarai Piala Eropah pada tahun 2016 di Perancis.

Beliau turut dinamakan sebagai pemain Portugal terbaik sepanjang zaman oleh Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF) pada tahun 2015.

2.  Garrincha


Di era 1950an, nombor 7 menjadi simbol kemegahan dan kehebatan pemain lagenda Brazil, Garrincha.

Manuel Francisco dos Santos atau dikenali sebagai Garrincha merupakan pemain berbakat yang pernah dilahirkan di Brazil.

Beliau telah membantu pasukan Brazil menjuarai dua kali kejohanan Piala Dunia iaitu 1958 dan 1962.

Dikenali sebagai pemusnah terbaik dalam sejarah bola sepak Brazil, kemunculan Garrincha sebaris dengan nama-nama hebat di era kegemilangan dulu kala, antarannya Pelé, Zizinho, dan Nílton Santos.

Keputusan pungutan undian oleh Persekutuan Antarabangsa Bola Sepak Sejarah dan Statistik (IFFHS) rsssf.com bagi pemain paling berpengaruh di abad ke-20 telah menunjukkan, Garrincha berada di tangga kelapan dengan mengumpul undian sebanyak 624.

Aksi memukau dengan gaya gerakan ala jenaka yang berjaya memperdayakan lawannya membuatkan beliau mendapat gelaran “Joy of the People”.

Sepanjang kariernya, beliau telah dianugerahkan dengan pelbagai bentuk penghargaan antaranya, Anugerah Kasut Emas dan Pemain Terbaik Sepanjang Kejohanan di Piala Dunia 1962.

3. Kenny Dalglish


“Nombor 7 pada jersi telah memberi tuah kepadanya!”

Itulah kisah kegemilangan lagenda Liverpool, Kenny Dalglish.

Kenny Dalglish merupakan pemain Liverpool dan Scotland di era tahun 70an hingga 90an.

Pemain kelahiran Scotland ini dibawa masuk ke Liverpool dari Celtic pada tahun 1977.

Pada awal kemunculannya, Dalglish telah diberikan nombor 7 yang sebelum itu menjadi milik Kevin Keegan.

Dalglish telah menyarung jersi bernombor 7 bersama The Reds selama lapan musim berturut-turut sebelum pihak pengurusan sering menukarkan nombor beliau kepada angka 12, 7 dan 14.

Yang menariknya, apabila Dalglish mengenakan nombor 7 pada jersinya, ianya seakan-akan memberi tuah kepada beliau.

Menurut sumber data Kenny Dalglish yang dibekalkan transfermarkt, sebanyak 22 trofi kejuaraan telah berjaya dimenangi Dalglish bersama Liverpool ketika beliau menyarung jersi bernombor 7.

Antaranya, membantu The Reds menjuarai Liga Perdana Inggeris tiga musim berturut-turut bermula dari 1982, 1983 dan 1984 serta membantu pasukan menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah pada musim 1977/78, 1980/81 dan 1983/84.

Ternyata, nombor 7 buat “King Kenny” di Liverpool mempunyai magisnya tersendiri.

4. George Best


Manchester United dan nombor 7 mempunyai simbolik dan legasinya tersendiri. Banyak pemain-pemain hebat ynag mengenakan jersi nombor “7” telah mengukir sejarah gemilang bersama Manchester United, antaranya George Best.

Pemain yang sangat berbakat, George Best merupakan pemain pertama dalam barisan pemain bernombor 7 yang hebat pernah bermain untuk Manchester United.

George Best adalah lagenda Manchester United. Beliau mempunyai ‘dinasti’ terulung dalam sejarah kelab tersebut.

Kehebatan beliau diangkat sebaris dengan keunggulan pemain-pemain terbaik di dunia dalam satu slogan berbunyi, ”Maradona Good, Pele Better, George Best”

Beliau bermain diposisi sayap dan kadang kala berperanan sebagai penyerang tengah pasukan.

George Best memulakan kariernya sebagai pemain bola sepak bersama pasukan akademi Manchester United pada tahun 1961.

Beliau menyertai kelab senior Manchester United tiga tahun kemudian ketika usianya 17 tahun.

Puncak kariernya bermula pada tahun 1966 sehingga 1972.

Pada tahun 1968, beliau telah berjaya membantu Manchester United menjuarai Piala Eropah dan lebih manis, beliau turut dinobatkan sebagai pemain terbaik Eropah dan pemain terbaik bola sepak tahunan pada tahun tersebut.

Pelbagai anugerah individu berjaya diraih sepanjang kariernya bersama United. Beliau turut pernah dicalonkan dan mendapat tempat ketiga dalam anugerah Ballon d’Or 1968.

Di peringkat antarabangsa, peranan George Best bersama negaranya, Ireland Utara tidaklah semegah seperti mana beliau bersama Manchester United.

Beliau hanya membuat penampilan sebanyak 38 kali bersama skuad kebangsaan.

Namun, seluruh rakyat Ireland Utara pasti amat berbangga kerana mereka pernah memiliki salah seorang pemain terhebat di dunia pada satu ketika yang bernama George Best.|

5. Luís Figo

Luís Figo merupakan pemain terbaik Portugal di era sebelum kemunculan Cristiano Ronaldo.

Beliau telah membuat penampilan bersama skuad senior Portugal sebanyak 127 kali sejak tahun 1991 sehingga 2006.

Dikenali antara pemain yang berwibawa dan pernah diberi tanggungjawab sebagai ketua pasukan kebangsaan Portugal .

Kreativiti dan mempunyai keupayaan serba boleh dizaman kegemilangannya membuatkan nama Figo dianggap sebagai salah satu pemain sayap terbaik di dunia pada satu ketika.

Figo juga dikenai sebagai pemain yang memiliki kepantasan dalam larian dan berkemahiran mengawal bola dengan sempurna.

Kehebatan beliau membolehkannya sering dinobatkan sebagai “Man of The Match” dalam sesebuah perlawanan.

Sepanjang kariernya, beliau pernah bersama pasukan Sporting Lisbon, Barcelona, Real Madrid dan Inter Milan.

Boleh dikatakan, penampilan Figo bersama pasukan yang diwakilinya telah menunjukkan keputusan yang cemerlang dengan dilimpahi pelbagai kejuaraan.

Nama beliau meningkat naik semasa bersama Barcelona. Beliau telah dianugerah sebagai pemain terbaik di Sepanyol sebanyak 6 kali berturut-turut bermula dari tahun 1995 sehingga 2000.

Luís Figo juga pernah meraih anugerah Ballon’Or pada tahun 2000.

Pelbagai rekod gemilang yang berjaya dikecapi bersama pasukan yang diwakilinya membuatkan nama beliau disenaraikan sebagai pemain nombor 7 paling terbaik sepanjang zaman.

6. Eric Cantona 

Siapa yang tidak mengenali bintang bola sepak yang juga hos klip video Joga Bonito, iaitu Eric Cantona.

Antara pemain terulung dalam sejarah bola sepak Manchester United suatu ketika.

Aksinya yang berkarisma telah berjaya memikat hati seluruh penonton yang menyaksikan persembahannya dalam perlawanan.

Cantona merupakan salah seorang pemain yang menyarung jersi nombor 7 di Manchester United.

Pemain kelahiran Perancis ini dianggap sebagai individu yang berjaya membawa kebangkitan semula sumber kekayaan buat pasukan Manchester United.

Sepanjang 6 tahun bersama United, beliau telah berjaya membantu pasukannya menjuarai gelaran Liga Perdana Inggeris selama 5 musim berturut-turut bermula dari 1992/93, 1993/94, 1994/95, 1995/1996 dan 1996/97.

Cantona turut membantu United menjuarai sebanyak tiga 3 kali Piala Perisai Komuniti FA Inggeris pada 1993, 1994 dan 1996.

Manakala Piala FA sebanyak dua kali pada musim 1993/94 dan 1995/96.

Secara keseluruhan sebanyak 10 trofi berjaya dirangkul United semasa era beliau, maka tidak hairanlah jika beliau diberi gelaran “King Eric” oleh seluruh peminat The Reds Devils.

7. Robert Pirès

Legenda Gunners, Robert Pirès merupakan salah seorang pemain dalam pasukan Arsenal yang paling berpengaruh dalam misi membantu pasukan itu menjuarai Liga Perdana Inggeris pada musim 2001/02 dan 2003/04.

Pemain Perancis itu didatangkan dari Juventus oleh Arsène Wenger bagi menggantikan pemergian Marc Overmars ke Barcelona.

Arsenal memberikan Pirès nombor 7 sebagai penganti kepada Overmars.

Pirès mengecapi pelbagai kejayaan semasa bersama The Gunners.

Beliau telah menghabiskan karier gemilangnya di Emeriest hampir 6 tahun dari 2000 sehingga 2006 dengan membantu Gunners memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris, tiga gelaran Piala FA dan naib juara Liga Juara-Juara Eropah pada musim 2005/06.

Pirès juga merupakan salah seorang pemain yang menjadi kunci utama dalam kejayaan “The Invincibles” Arsenal di saingan liga pada musim 2003/04.

Pada musim 2002/03, beliau telah menamatkan musim tersebut dengan mencatat sebagai penjaring ke-8 terbanyak dalam saingan liga dengan mengumpul 14 gol, berkongsi jaringan bersama Gianfranco Zola, Harry Kewell dan Paul Scholes.

Sepanjang kariernya di Arsenal, beliau telah tampil sebanyak 198 perlawanan dengan mengumpul 68 jumlah jaringan dan 41 bantuan gol.

Di peringkat antarabangsa, Pirès memperoleh 79 caps untuk negaranya.

Beliau membantu Perancis memenangi Piala Dunia 1998 dan Euros 2000 diikuti dengan kemenangan Piala Konfederasi FIFA pada tahun 2001.

Penutup

Sememangnya ramai lagi pemain-pemain hebat pernah menyarung jersi bernombor 7 ini antaranya, Raúl González, David Beckham, David Villa, Andriy Shevchenko, Franck Ribéry dan Bryan Robson.

Ini jelas membuktikan bahawa nombor 7 telah menjadi antara nombor paling ikonik dalam lipatan sejarah bola sepak di dunia.

Adakah bintang muda Perancis, Kylian Mbappé mampu menyambung legasi kegemilangan nombor 7 yang pernah digunakan lagenda-lagenda sebelum ini ? Sama-sama kita nantikan. K7lian Mbappé !

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN