Thomas Muller: Jerman Berada Dalam Keadaan Tertekan Selepas Perlawanan Menentang Mexico

Jerman

Aksi perlawanan pembukaan Piala Dunia 2018 telah dikejutkan dengan kekalahan penyandang juara, Jerman keatas Mexico dengan keputusan tipis 1-0.

Pemain sayap PSV Eindhoven, Hirving Lozano muncul wira Mexico selepas menjaringkan gol kemenangan perlawanan pada minit ke-35.

Hasil keputusan tersebut meletakkan skuad asuhan Joachim Löw menghuni kedudukan terbawah kumpulan F bersama Korea Selatan.

Kekalahan mengejutkan itu ternyata memberi tekanaan buat Jerman yang hadir dengan misi mempertahankan gelaran juara yang berjaya diraih di Brazil empat tahun lalu.

Germany’s Thomas Mueller walks off the pitch at the end of the group F match between Germany and Mexico at the 2018 soccer World Cup in the Luzhniki Stadium in Moscow, Russia, Sunday, June 17, 2018. Mexico won 1-0. (AP Photo/Victor R. Caivano)

Pemain Jerman, Thomas Muller tampil memberi ulasan mengenai situasi pasukannya ketika ini.

“Kami (Jerman) berada dalam situasi getir. Kami harus menang pada dua perlawanan akan datang.”

“Kami dalam tekanan yang besar untuk memperoleh kemenangan. Ia ibarat sebagai perlawanan kalah mati” ujarnya.

Dipetik menerusi FourFourTwo, Muller turut berpesan kepada rakan sepasukan agar melupakan kekalahan keatas Mexico dan meneruskan perjuangan seperti sedia kala.

“Jika kami ingin menang, kami harus positif menerima kekalahan itu dan tetap dengan karakter kami.”

“Semua masih bercakap mengenai isu yang sama tentang perlawanan yang lepas.”katanya.

“Kami cuba melupakannya dan jika kami masih tidak boleh menerima kekalahan itu, ia akan mengundang ancaman yang tinggi untuk perlawanan yang akan datang.” ujarnya.

“Pasukan lawan akan mengambil peluang ini untuk menghadapi kami.”

Skuad Jerman selepas ini akan bertemu Sweden bagi perlawanan kedua pada 24 Jun sebelum bertemu Korea Selatan pada 27 Jun ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN