Tiga Pemain Akademi Mokhtar Dahari ‘Beraya’ Di Paris Untuk Beraksi Bersama PSG B-13

AMD B-13

Penghormatan buat tiga anak Malaysia yang merupakan pemain skuad Akademi Mokhtar Dahari (AMD) bawah 13 tahun (B-13) apabila bakat mereka telah mendapat perhatian kelab gergasi dunia.

Selepas menyajikan aksi memberangsangkan dalam saingan Piala Balisier­ di Perancis pada penghujung bulan April yang lalu, khidmat Hazriq Haqqim Bin Mohd Izham, Rohisham Haiqal Bin Hashim dan Mohammad Hayqal Danish Bin Mohd Haizon ditagih pasukan Paris Saint-Germain (PSG) B-13.

Ketiga-tiga pemain tersebut telah dijemput bagi memperkuatkan skuad PSG B-13 untuk menghadapi Kejohanan Antarabangsa V Memorial Giuseppe Augello yang akan diadakan di Rome, Itali pada 21 hingga 24 Jun ini.

Kejohanan itu juga bakal disertai kelab-kelab ternama yang lain seperti AS Roma, SS Lazio, Juventus, Inter Milan, Atletico Madrid dan banyak lagi.

Skuad AMD B-13 di Piala Vainqueur Johnville.

Hazriq Haqqim beraksi di posisi penjaga gol dan telah berjaya menggondol Anugerah Penjaga Gol Terbaik dalam kempen Piala Vainqueur Johnville yang turut berlangsung di Paris, Perancis.

Sementara itu, Rohisham Haiqal (serangan) pula meraih Anugerah Pemain Terbaik pada kejohanan yang sama. Mohammad Hayqal Danish juga beraksi di bahagian serangan.

Pada kejohanan yang sedikit sebanyak telah menaikkan nama ketiga-tiga pemain tersebut dan memberikan pengiktirafan buat Hazriq dan Rohisham ini, skuad AMD B-13 telah meraih tempat keempat.

Hazriqq, Rohisham dan Hayqal akan berlepas ke Perancis kira-kira jam 8.00 malam ini.

Semoga peluang yang dimiliki adik-adik ini dapat menjelmakan sesuatu yang lebih positif dalam karier mereka serta dapat membanggakan seluruh rakyat Malaysia yang sudah pasti mendoakan kejayaan mereka.

Kredit info dan foto: Safirul Azli Abu Bakar (Ketua Pegawai Eksekutif Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN