Tidak lama lagi tak mustahil kita akan dapat melihat kelibat Thierry Henry mengurus pasukannya dari kawasan teknikal padang. Ini kerana bekas penyerang lagenda Arsenal itu berjaya memperolehi lesen kejurulatihan UEFA A semalam.
Menulis di akaun Instagram dan Twitter miliknya, Henry mengucapkan terima kasihnya kepada Persatuan Bola Sepak Wales dan Arsenal Academy kerana membantunya lulus kursus kejurulatihan UEFA A.
https://twitter.com/ThierryHenry/status/707994589513322498
Sepanjang tempoh kursus tersebut, Henry diberi peluang oleh Arsene Wenger untuk melatih pasukan bawah-18 di akademi Arsenal sebagai pra-syarat lulus kursus kejurulatihan UEFA A.
Mengapa Henry memakai track suit Wales FA?
Ramai bekas pemain dan jurulatih mengambil kursus kejurulatihan daripada Wales FA dan Scotland FA kerana England FA terkenal dengan pengurusan kursus kejurulatihan yang teruk.
Bekas pemain Tottenham Hotspur, Michael Brown pernah mengutuk England FA tentang hal ini di akhbar Daily Mirror:
“Pada mulanya, saya mengambil kursus di England FA. Tapi mereka suka mengubah tarikh kursus sesuka hati mereka. Mereka tak memberitahu tarikh kursus seterusnya dan menyusahkan peserta kursus.”
“Itu sebab kami buat lesen di Wales FA.”
Antara jurulatih yang pernah membuat lesen kejurulatihan dengan Wales FA adalah pengurus Everton, Roberto Martinez dan pengurus NYCFC, Patrick Vieira.
Andre Villas-Boas dan Jose Mourinho pula adalah antara jurulatih yang membuat lesen kejurulatihan dengan Scotland FA.
Langkah seterusnya: lesen UEFA Pro
Dengan memperolehi lesen UEFA A, Thierry Henry kini layak mengurus mana-mana pasukan profesional di bawah Premier League atau di mana-mana akademi.
Untuk melayakkan dirinya mengurus pasukan liga teratas seperti Premier League, Henry perlu melengkapkan kursus kejurulatihannya sehingga mendapat lesen UEFA Pro.
Adakah ini langkah persiapan Henry untuk mengambil alih Arsenal daripada Arsene Wenger?
Baca juga: Thierry Henry Kutuk Chelsea Di Hadapan Cesc Fabregas Dalam Rancangan Soal Jawab Facebook