Legenda Arsenal, Thierry Henry merupakan salah seorang calon utama untuk menjadi pengurus baharu di Barcelona bagi menggantikan Quique Setien yang dilaporkan akan dipecat dalam masa tedekat susulan kekalahan memalukan kepada Bayern Munich tempoh hari.
Tewas dengan keputusan 8-2 yang juga kekalahan terbesar dalam sejarah serta gagal mempertahankan kejuaraan La Liga sudah cukup untuk semua pihak menjangkan nasib Setien di Nou Camp walaupun baru tujuh bulan menjawat jawatan terseebut.
Kini perhatian tertumpu kepada beberapa orang calon untuk menduduki kerusi panas tersebut dengan Henry menjadi calon paling menarik selain bekas penguru Spurs, Mauricio Pochettino, bekas pengurus Juventus, Max Allegri, Ketua Jurulatih Belanda, Ronald Koeman.
Barcelona have shortlisted looking for a new coach Thierry Henry, Mauricio Pochettino, Max Allegri and Ronald Koeman are all options as they weigh up their options after their disastrous Champions League exit. pic.twitter.com/co1yGkJrhV
— Lilian Chan (@bestgug) August 15, 2020
Henry pernah beraksi selama tiga musim sebagai pemain di kelab Catalan tersebut dan menjaringkan 49 gol dari 121 perlawanan dalam semua pertandingan dan memenangi dua kejuaraan La Liga dan satu Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Rekodnya di Arsenal pula sudah membuktikan reputasinya sebagai salah seorang penyerang terbaik dalam sejarah bola sepak dunia, namun kariernya sebagai jurulatih tidaklah begitu memberangsangkan.
Bermula dengan tugasan sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan Belgium, Henry kemudian dilantik menjadi pengurus Monaco dan hanya bertahan mengendalikan 20 perlawanan sahaja di antara Oktober 2018 hingga Januari 2019 dengan hanya menang empat perlawanan sahaja sebelum dipecat.
Kemudian awal tahun ini beliau diberi tanggungjawab untuk membimbing Montreal Impact dalam saingan Major League Soccer (MLS) dan hanya memenangi satu perlawanan sahaja daripada enam aksi liga buat pasukan Kanada tersebut.
https://twitter.com/Transferzone10/status/1294587477953400833?s=20
Tetapi pengalamannya di Barcelona dipercayai menjadi faktor kepada pemilihannya kerana beliau faham dengan falsafah kelab dan tahu bagaimana sepatutnya The Blaugrana sepatutnya bermain.
Pochettino yang telah meninggalkan utara London sejak Oktober lepas pula sudah beberap kali dikaitkan dengan Barca walaupun pernah mengeluarakan kenyataan ‘pedasnya’ terhadap pasukan tersebut disebabkan sentimennya dengan pasukan musuh setempat, Espanyol.
Beliau pernah membawa Tottenham mara hingga ke perlawanan akhir UCL serta menjadi pencabar kejuaraan liga dan pernah menamatkan saingan EPL di tangga kedua dan ketiga.
Allegri yang telah membantu Juventus menjuarai Serie A lima musim berturut-turut.pula masih belum menyertai mana-mana pasukan sejak meninggalkan kelab Turin tersebut pada tahun lepas.
Koeman yang juga merupakan legenda kelab juga menjadi pilihan selepas mempunyai rekod yang baik bersama skuad kebangsaan Belanda.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Barcelona: