Thierry Henry Beri Jawapan Kenapa Anugerah Ballon d’Or Beliau Dirompak

Thierry Henry tampil menjawab persoalan tentang apa pandangan beliau berkait kegagalan dirinya memenangi anugerah Ballon d’Or pada tahun 2003,  walaupun beliau ketika itu sebenarnya sangat layak untuk mendapatkan anugerah paling berprestij dalam dunia bola sepak waktu itu.

Walau sudah dua dekad berlalu, namun sehingga hari ini masih ramai peminat yang tertanya-tanya mengapa Henry tidak dinobatkan sebagai pemenang anugerah Ballon d’Or pada tahun 2003 yang lalu.

Pada tahun 2003 yang lalu, anugerah Ballon d’Or telah dimenangi oleh legenda Juventus, Pavel Nedved yang ketika itu merupakan nadi penting skuad The Old Lady.

Beliau ketika itu menjadi nadi penting yang membantu Juventus untuk menjuarai saingan Serie A dan menjadi Naib Juara untuk saingan Champions League.

Bintang dari Czech Republic itu sememangnya pemain terpenting Juventus selepas beliau meledak 14 gol dan mencatatkan 17 assist sepanjang tahun tersebut.

Walau beliau juga sebenarnya turut layak untuk memenangi anugerah tersebut, namun ramai peminat yang merasakan Thierry Henry lebih berhak untuk membawa pulang bola emas itu.

Para peminat mempertikaikan hal tersebut dan menganggap Henry dirompak dari membawa pulang anugerah paling berprestij dalam dunia bola sepak itu.

Hal itu kerana bintang Perancis itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan bersama Arsenal pada ketika itu.

Legenda terhebat sepanjang zaman Arsenal itu mencipta sejarah baru di pentas bola sepak Inggeris pada tahun tersebut selepas beliau meledak 32 gol dan mencatatkan 28 assists untuk The Gunners.

Bercakap ketika mengulas aksi dalam saingan Champions League di CBS, Micah Richards telah bertanya kepada Henry tentang soalan yang sering dipersoalkan oleh para penyokong Arsenal.

Bekas bintang Manchester City itu bertanya terus kepada Henry tentang mengapa beliau tidak memenangi anugerah Ballon d’Or pada ketika itu.

“2003. Kamu ada 32 gol dan mencatatkan 28 assists sepanjang musim itu. Nedved yang menang hanya ada 14 gol dan mencatatkan 17 assist.”

Soal Micah Richards.

“Lihat, kamu tak boleh perdebatkan pendapat. Ketika wartawan sudah terlibat dan sudah memilih, mereka akan pilih siapa saja yang mereka mahu.”

Jawab Henry.

“Bagaimana sekalipun kamu mahu melihat itu, mereka akan undi siapa mereka mahu. Ketika kamu lihat undian dalam sejarah Ballon d’Or, bukan hanya tahun saya, kamu patut tengok pada tiga teratas dan kamu mesti akan berfikir, ‘Ye ke?”‘

“Kamu mesti akan perasan, ada satu ketika tu, kalau kamu tengok kamu akan rasa, ‘Ye ke?’ Jadi itu lah apa yang berlaku. Kamu tak boleh debatkan pendapat.”

Jawapan yang sangat matang dari Thierry Henry dan jelas sekali itu lah jawapan paling tepat untuk menjawab persoalan tersebut.

Bukan hanya era beliau, bahkan boleh dikatakan hampir setiap tahun akan ada pertikaian tentang siapa yang selayaknya memenangi anugerah tersebut.

Pemain seperti Robert Lewandowski dan Virgil Van Dijk juga merupakan antara dua pemain yang ramai percaya selayaknya diberikan anugerah tersebut ketika musim terbaik mereka.

Namun memandangkan ia melibatkan undian, maka sukar untuk diperdebatkan tentang mengapa seseorang individu itu tak diundi sebagai pemenang.

Bahkan Nedved yang merupakan pemenang anugerah Ballon d’Or pada dua dekad lalu itu juga pernah mendedahkan kepada Guardian bahawa:

“Saya bahkan tidak pernah bermimpi untuk menang anugerah seperti itu. Saya ada dengar tentang pencalonan dan saya merupakan salah seorang calon, tapi saya tak rasa saya akan ada kesempatan.”

“Bagi saya, Thierry Henry merupakan penyerang terhebat di dunia sekarang. Jika saya mengundi, saya akan mengundi Thierry dan semua pemain lain di podium.”

Jelas Nedved kepada Guardian selepas beliau dinobatkan sebagai pemenang anugerah Ballon d’Or pada tahun 2003 lalu.

“Saya tak rasa saya mampu tandingi Thierry Henry, Paolo Maldini atau Zinedine Zidane. Saya sangat gembira untuk diri saya sendiri, isteri saya, anak saya dan negara saya, tapi saya tak tahu bagaimana saya boleh kalahkan Thierry Henry atau Zinedine Zidane.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN