PDRM Dalam Momentum Terbaik Untuk Atasi Cabaran KL City

PDRM memiliki peluang tersendiri pada perlawanan Liga Super malam ini untuk berdepan cabaran pasukan pelawat iaitu Kuala Lumpur City (KL City) dalam misi mereka untuk mendapatkan tiga mata penuh.

Terdahulu, PDRM masih lagi segar dengan kemenangan 2-1 mereka ketika aksi separuh akhir pertama Challenge Cup selepas pasukan tersebut mengatasi cabaran lawan iaitu Penang bersama aksi cukup menyakinkan.

Sementara lawan mereka iaitu KL City pula, perlu mencipta kebangkitan semula selepas pasukan tersebut mencatat kekalahan di tangan Terengganu menerusi keputusan 1-2 bagi saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2023.

Kedua pasukan tersebut pernah bertembung sebanyak satu kali pada musim ini dengan kemenangan berpihak kepada KL City menerusi keputusan penuh 3-0 pada 27 April lalu di Cheras.

Pastinya Sang Saka Biru mempunyai misi tersendiri untuk kembali melakar kemenangan bagi mengtasi skuad kendalian Nenad Bacina selain cuba memperbaiki kedudukan semasa liga sebelum tirai saingan menuju ke garisan penamat.

Apatah lagi, PDRM kini hanya dibezakan tiga mata sahaja untuk menyamai kedudukan KL City di tangga ketujuh Liga Super, dan pasukan kendalian Dato’ Yunus Alif berpeluang untuk memintas lawan jika mampu menghasilkan banyak gol serta tidak dibolosi.

Untuk aksi malam ini, PDRM memiliki kelebihan untuk beraksi gelanggang mereka sendiri selain bakal mendapat sorakan motivasi daripada para penyokong untuk menaikkan moral para pemain sepanjang tempoh 90 minit aksi berlangsung.

Selain itu, terdapat tiga pemain tumpuan PDRM yang dianggap memiliki peluang cerah untuk membantu pasukan tersebut meraih kemenangan bagi mengatasi cabaran KL City.

Bruno Suzuki

Penyerang import PDRM ini boleh dianggap sebagai salah satu pemain paling berbaloi ditandatangani pasukan tersebut bagi cabaran Liga Malaysia (Liga M) musim 2023 menerusi impak diberikan beliau di atas padang.

Pengaruh Bruno di posisi serangan boleh dilihat sangat baik terutama sekali ketika keupayaan beliau sentiasa ditagih untuk memastikan kreativiti serangan pasukan tersebut sentiasa aktif sepanjang perlawanan berlangsung.

Malah, kelicikan Bruno juga sering dilihat berjaya mengatasi pertahanan lawan selain penyerang kacukan Brazil-Jepun itu turut memiliki keupayaan tinggi untuk melepaskan rembatan tepat ke arah gawang gol.

Ramadhan Hamid

Penjaga gol berpengalaman ini boleh dianggap sering mengecewakan pasukan lawan menerusi ketangkasan beliau untuk menyelamatkan gawang gol PDRM daripada dibolosi.

Selain tangkas menyelamatkan gawang gol, Ramadhan juga antara pemain yang sangat lantang di atas padang untuk menaikkan moral rakan sepasukan serta menyusun pertahanan pasukan untuk kekal berdisiplin bagi menyukarkan gerakan serangan lawan.

Malah, pada perlawanan lalu ketika menentang Penang, penjaga gol ini dilihat cukup mencuri tumpuan menerusi ketangkasan beliau untuk beberapa kali menyelamatkan PDRM daripada situasi berbahaya.

Marcus Macauley

Tonggak tengah kebangsaan Liberia ini perlu diberi lebih perhatian buat para pemain KL City pada perlawanan ini kerana beliau memiliki keupayaan cukup tinggi untuk mencetuskan siri serangan berbahaya buat PDRM.

Macauley boleh dianggap sebagai tonggak yang memainkan peranan cukup penting untuk mengawal tempo permainan PDRM serta kreatif dalam membuat hantaran-hantaran berkualiti kepada rakan sepasukan.

Selain itu, beliau juga memiliki keupayaan cukup baik untuk membentuk gandingan bersama rakan sepasukan lain bagi mengekalkan penguasaan bola di posisi tengah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN