Penyokong Marah, Henry Masih Gagal Catat Kemenangan Bersama AS Monaco

Thierry Henry masih mencari-cari kemenangan pertama beliau bersama dengan AS Monaco. Dalam aksi Ligue 1 pada Sabtu – Monaco tewas di tangan Stade de Reims.

Pemain tuan rumah, Mathieu Cafaro menjaringkan gol tunggal perlawanan pada separuh masa pertama. VAR digunakan untuk menentukan kesahihan gol tersebut – dan ianya diberikan.

Monaco gagal untuk membalas gol itu. Mereka hanya ada 1 percubaan tepat ke arah lawan. Kekalahan ini meletakkan Monaco terus berada di zon penyingkiran di tangga ke-19 – hanya mengutip 7 mata selepas 12 perlawanan. Bukan kedudukan yang baik untuk juara Ligue 1 pada 2016/17 itu.

Reims kehilangan seorang pemain pada minit ke-46 apabila Romao dilayangkan kad merah. Henry cuba menggunakan kelebihan seorang pemain sebaik mungkin. Mereka menguasai perlawanan sehingga 75%.

Henry memasukkan Falcao dan Pele pada separuh masa kedua menggantikan Sylla dan Youri Tielemans. Malangnya pemain gantian beliau – Pele – dilayangkan 2 kad kuning dan dibuang padang pada minit ke-71. Ini membuatkan Monaco kembali bergelut dan hilang kelebihan seorang pemain yang mereka miliki.

Reims menang 1-0. Keputusan yang meletakkan mereka naik ke tangga ke-8 dengan 17 mata. Juara divisyen 2 pada musim 2017/18 ini – Reims – juga mencatatkan clean sheet ke-8 daripada 12 perlawanan mereka setakat ini.

Ini merupakan kemenangan sulung Reims ke atas Monaco selepas 14 perlawanan mereka bertemu di liga utama. Kali terakhir mereka menang ke atas Monaco – sebelum perlawanan ini – adalah pada 1974.

Henry kini menjadi pengurus Monaco pertama gagal mencatat sebarang kemenangan dalam 3 perlawanan Ligue 1 pertama yang dikendalikan selepas Laurent Banide pada 2011. Sebaik tamat perlawanan, para penyokong mereka marah dengan Thierry Henry serta para pemain Monaco.

AS Monaco masih belum menang dalam 14 perlawanan terakhir mereka. Selepas ini AS Monaco akan berhadapan dengan PSG. Adakah Thierry Henry dan anak-anak buahnya mampu untuk mencipta kejutan di dalam perlawanan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN