Tan Cheng Hoe Umum 23 Pemain Terbaik Ke Piala Suzuki AFF 2018

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe hari ini mengumumkan senarai 23 pemain yang akan membawa cabaran negara di kejohanan Piala Suzuki AFF 2018 bermula pada hari Khamis ini.

Daripada 26 pemain yang telah dipanggil bagi mengikuti kem latihan pusat terakhir menjelang Piala Suzuki AFF 2018 bermula pada 24 Oktober lalu, 3 pemain telah digugurkan iaitu Azam Azih (Pahang), Azizan Nordin (Sabah) dan Azrif Nasrulhaq (JDT).

Senarai pemain Malaysia di Piala Suzuki AFF 2018.

Difahamkan Azam Azih telah mengalami kecederaan ketika diuji menentang Maldives pada aksi pershabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam yang berkesudahan Malaysia menang 3-0.

Manakala Azizan Nordin masih bergelut dengan tahap kecergasan dan Azrif Nasrulhaq mungkin gagal memikat Cheng Hoe untuk beraksi di posisi pertahanan kanan.

Daripada senarai akhir 23 pemain bagi edisi 2018 ini, lapan pemain berada dalam skuad Harimau Malaya pada edisi 2016 sebelum ini iaitu Ahmad Hazwan Bakri, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrul Saad, Nazirul Naim Che Hashim, Syazwan Zainon, Zaquan Adha Abd Radzak, Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat.

Piala Suzuki AFF 2018 tampil dengan format baharu saingan peringkat kumpulan iaitu tanpa tuan rumah bersama yang menyaksikan setiap pasukan kali ini akan dapat beraksi dua perlawanan di tempat sendiri dan dua perlawanan di tempat lawan.

Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos manakala Kumpulan B dibarisi juara bertahan, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura dan Timor-Leste yang menang perlawanan kelayakan dengan Brunei.

Bagi saingan Kumpulan A, Malaysia bakal membuka kempen bertemu Kemboja di Phnom Penh pada 8 November sebelum menanti kunjungan Laos di Bukit Jalil pada 12 November.

Selepas itu, Malaysia akan terbang ke Hanoi untuk bertemu Vietnam pada 16 November dan mengakhiri aksi Kumpulan A menentang Myanmar di Bukit Jalil pada 24 November.

Jika Malaysia berjaya menduduki dua tempat teratas, saingan separuh akhir akan berlangsung pada 1 dan 2 Disember bagi aksi pertama dan pada 5 dan 6 Disember bagi aksi kedua.

Jadual perlawanan kumpulan A Piala AFF 2018.

Final secara timbal balik dijadual berlangsung pada 11 dan 15 Disember 2018.

Sepanjang 11 edisi sebelum ini, Malaysia hanya pernah sekali muncul juara pada edisi 2010 ketika Cheng Hoe menjadi penolong jurulatih kepada Datuk K Rajagobal.

Hanya dua pemain dari skuad juara 2010 itu masih kekal dalam skuad edisi 2018 ini iaitu Khairul Fahmi dan Norshahrul Idlan yang bakal mencipta sejarah beraksi lima edisi berturut Piala Suzuki AFF.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN