Legenda Arsenal, Thierry Henry mengakui hubungannya dengan bekas pengurus ketika bersama kelab tersebut, Arsene Wenger boleh diumpamakan sebagai seorang ayah dan anak.
Tidak keterlaluan untuk memperkatakan bahawa pengendali kelahiran Strasbourg, Perancis tersebut merupakan antara individu bertanggungjawab dalam meningkatkan prestasi Henry yang direkrutnya dari Juventus itu sehingga menjadi antara peledak berbisa.
Namun begitu, Henry tanpa berselindung mendedahkan bahawa komunikasi mereka berdua seringkali tidak berjalan dengan lancar.
”Dia seperti aura seorang ayah buat saya,” ujar Henry menurut laporan dikeluarkan oleh Goal.
”Jadi, anda dapat membayangkan apabila bersama ayah anda, anda mempertikai [pendapat], anda menjerit dan kemudiannya dia memberikan denda kepada anda.”
”Kemudian, saya mahu menunjukkan hubungan yang sama dengan ayah: kadang-kadang sesuatu yang rumit, kadangkala ianya terbaik dan kami menjadi kawan baik, kadang-kadang kami adalah musuh dan kami saling mempertikai.”
”Tetapi itulah yang berlaku apabila anda menyayangi seseorang. Kerana anda peduli, sebab itulah anda mempertikaikan keputusan. Tetapi saya katakan kepada anda, terdapat dua orang – kerana kita menyebut nama Arsene [Wenger].
”Arsene membuatkan pemikiran tersentak pada setiap hari, itu adalah sesuatu dengan otak saya, tentang bertanya kepada diri sendiri soalan yang tepat. Dan kemudiannya anda mempunyai Pep [Guardiola], yang mana secara teknikalnya turut merangsang otak saya.”
”Jadi, kedua-dua mereka ini memberikan impak yang besar buat saya, tetapi saya tidak boleh jika bercakap mengenai karier saya tanpa Arsene.”
”Kerana saya merasakan dia salah antara perkara terpenting dalam dunia ini, tidak hanya dalam sukan, untuk merangsang otak seseorang pada setiap hari,” tambah Henry lagi.