Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois merasakan yang laluan Liverpool dalam saingan Premier League akan menyebabkan mereka berdepan kesukaran untuk berdepan Real Madrid di pentas perlawanan akhir saingan Champions League.
Liverpool pada ketika ini sedang bersaing hangat dengan Manchester City dalam perebutan saingan Premier League dan kerana itulah Courtois merasakan Real Madrid memiliki lebih banyak kelebihan berbanding lawan mereka itu.
Kedua-dua pasukan akan bertembung dalam aksi perlawanan akhir saingan Champions League musim ini pada 28 Mei nanti di Paris.
Thibaut Courtois explains why Champions League final will be 'harder' for Liverpool than Real Madrid🆕 #LFC https://t.co/l23RqOSltA
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) May 5, 2022
Skuad Los Blancos itu telah berjaya melakukan comeback dan menyingkirkan tiga pasukan gergasi seperti Paris Saint Germain (pusingan 16 terbaik), Chelsea (suku akhir) dan Manchester City (separuh akhir).
Ketika aksi leg kedua mereka bertemu Manchester City di Santiago Bernabeu, Real Madrid berjaya melakukan comeback dengan memperoleh dua gol dalam tempoh satu minit untuk membawa perlawanan ke aksi tambahan masa.
Mereka turut melengkapkan comeback dengan mencatatkan kemenangan 3-1 menewaskan Manchester City di Santiago Bernabeu dan layak ke pentas perlawanan akhir menerusi keputusan aggregate 6-5.
This guy deserves a lot of credit. There's no comeback without @thibautcourtois' HUGE saves late in the game. He deserves this Champions League title. Has been the world's best GK for more than a year now. pic.twitter.com/H13FHzumYu
— Lucas Navarrete (@LucasNavarreteM) May 5, 2022
Kemenangan Real Madrid menewaskan Manchester City berjaya membawa mereka ke aksi perlawanan akhir yang mana skuad kendalian Carlo Ancelotti itu bakal turun bertembung dengan The Reds.
Liverpool sementara itu berjaya layak ke perlawanan akhir selepas kejayaan mereka menewaskan Villarreal menerusi kemenangan aggregate 5-2.
Liverpool jelas sekali tiada masalah menyingkirkan Villarreal di peringkat separuh akhir walau mereka pada satu ketika hampir sahaja dikejutkan dengan kekalahan di tangan skuad Yellow Submarine itu.
Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois percaya yang Los Blancos mempunyai kelebihan di pentas perlawanan akhir nanti berbanding wakil Premier League itu.
https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1522222082108522501?t=q6ujZV-qQmf9nZXg_NmI-Q&s=19
Hal ini kerana beliau merasakan yang Liverpool perlu berdepan lebih banyak tekanan terutama kerana mereka mahu mengejar gelaran quadruple.
Bercakap kepada beIN sports menurut Liverpool Echo, Thibaut Courtois mendedahkan bahawa:
“Liverpool bermain dengan sangat menakjubkan sepanjang musim ini, jadi ia akan jadi satu perlawanan yang sangat sukar.”
“Satu-satunya hal yang baik untuk kami adalah kami dah tak bermain untuk mengejar apa-apa lagi, kami boleh dapatkan rehat lebih mencukupi untuk perlawanan itu, sementara mereka akan berjuang dalam saingan Premier League, jadi ia lebih sukar untuk mereka.”
“Walau bagaimanapun, kami perlu terus berlatih dan lakukan yang terbaik, dan saya harap kami akan menang.”
Dakwaan dari Thibaut Courtois itu jelas sekali ada kebenarannya dengan mereka kini sudah sah dinobatkan sebagai Juara saingan La Liga musim ini.
Oleh yang demikian, Real Madrid tidak lagi perlu menurunkan skuad terbaik mereka bagi menghadapi baki perlawanan menjelang berakhirnya musim ini.
Talk of confidence levels!
After their shock victory, Thibaut Courtois believes that Real Madrid are in a better place than Liverpool ahead of the Champions League final. https://t.co/8XuRusJAy5
— Sports Brief (@sportsbriefcom) May 5, 2022
Liverpool sementara itu masih bersaing rapat dengan Man City untuk memburu gelaran Premier League dengan mereka kini dipisahkan dengan perbezaan satu mata dari baki empat perlawanan terakhir musim ini.
The Reds juga akan memberi tumpuan untuk aksi perlawanan akhir saingan FA Cup dengan mereka akan turun bertemu Chelsea pada 14 Mei nanti.
Aksi Liverpool bertemu Real Madrid dijangka akan sangat menarik untuk disaksikan
The Reds dan The Whites bakal bertembung pada minggu terakhir bulan Mei ini dengan skuad kendalian Jurgen Klopp itu dianggap sebagai pilihan utama kejohanan.
Liverpool memiliki jentera serangan yang sungguh luar biasa menakjubkan dengan mereka turut mempunyai barisan pertahanan yang mantap serta pemain midfield yang kreatif.
Lebih menakjubkan lagi, skuad kendalian Jurgen Klopp itu juga turut mempunyai barisan pemain yang sangat berkualiti di bangku simpanan mereka.
We’ll face @realmadrid in the #UCL final 👊 pic.twitter.com/8TXpOaN2d4
— Liverpool FC (@LFC) May 4, 2022
Real Madrid sementara itu memiliki skuad yang mempunyai mentaliti pemenang yang sungguh menakjubkan.
Mereka tidak mempunyai barisan pemain berkualiti seperti Liverpool namun pengalaman yang dimiliki oleh pemain mereka tak boleh dinafikan lagi sememangnya luar biasa.
Comeback ketika bertemu PSG, Chelsea dan Manchester City membuktikan yang Liverpool perlu berhati-hati untuk bertemu dengan skuad Real Madrid pada ketika ini.
Thibaut Courtois: "We have won the league, we have time to prepare for the final, an advantage we have over Liverpool who are still playing for the league." https://t.co/6UsgVfpmD7
— Get Spanish Football News (@GSpanishFN) May 5, 2022
Aksi perlawanan akhir pada 28 Mei nanti dijangka akan sangat menarik untuk disaksikan dan andai kedua-dua pasukan berada di tahap persembahan terbaik mereka, jelas sekali ia bakal menjadi perlawanan paling epik musim ini.