Thibaut Courtois Beri Amaran Kepada PSG Menjelang Pertemuan Mereka Dalam Saingan Champions League

Penjaga gol utama Real Madrid, Thibaut Courtois telah memberi amaran kepada Paris Saint Germain menjelang pertemuan kedua-dua pasukan di pusingan 16 terbaik saingan Champions League bulan hadapan.

Selepas berlakunya pelbagai kontroversi ketika sesi undian untuk pusingan 16 terbaik, Los Blancos akhirnya sah dipertemukan dengan gergasi Ligue 1 itu.

Real Madrid dianggap sebagai antara lawan paling sukar yang perlu dihadapi oleh Paris Saint Germain dalam Champions League musim ini.

Penjaga gol dari Belgium itu pula sangat yakin dan percaya yang Real Madrid mempunyai ramuan yang cukup untuk menewaskan Paris Saint Germain di peringkat kalah mati nanti.

Dalam satu temu bual bersama Dario dari AS, Thibaut Courtois mendedahkan tentang bagaimana pentingnya kerja berpasukan dalam perlawanan penting.

Thibaut Courtois turut memberi amaran kepada Paris Saint Germain supaya tidak dibuai dek nama-nama bintang besar yang mereka miliki untuk berdepan Real Madrid nanti.

“PSG ada pemain yang hebat seperti Messi, Mbappe, Neymar… Tapi ia lebih daripada itu. Ia blok yang lengkap.”

“Mereka ada bakat di setiap posisi, tapi bola sepak hari ini lebih tentang semangat berpasukan berbanding individu, kerana jika kamu ada ketakutan, ia akan memberi kesan.”

“Memang betul pemain berbakat boleh menjaringkan gol dengan apa cara sekalipun, tapi satu yang perlu dirisaukan adalah tentang mengurangkan kesilapan mereka sebagai satu pasukan.”

Penjaga gol Real Madrid itu telah memberi sepenuh kepercayaan kepada rakan sepasukannya yang lain, terutama selepas melihat tahap konsistensi mereka sepanjang musim ini.

Los Blancos tidak dinafikan sedang melalui musim yang sungguh menakjubkan pada musim ini, dan sudah tentu mereka mahu meneruskan kecemerlangan itu dengan mara lebih jauh dalam saingan Champions League.

PSG sementara itu sudah tentu mahu membuktikan yang skuad mega mereka bakal menggagalkan rancangan Real Madrid untuk memenangi pertembungan mereka nanti.

https://twitter.com/HazardXtra/status/1486855447659352065?t=n_1S0YLVMCgIjq3GkgoUlg&s=19

Pihak kelab sudah tentu sangat berharap barisan bintang yang mereka miliki boleh menemui rentak persembahan terbaik mereka sebagai satu pasukan.

Paris Saint Germain kali ini memiliki skuad yang sungguh luar biasa menakjubkan, dan sudah tentu barisan pemain itu diharapkan akan membantu kelab memenangi gelaran Champions League pertama dalam sejarah mereka.

Mungkinkah Sergio Ramos muncul dalam aksi pertemuan antara PSG bertemu Real Madrid?

Sementara Mauricio Pochettino berkemungkinan akan menggandingkan Marquinhos dan Presnel Kimpembe ketika aksi bertemu Real Madrid nanti, adakah beliau akan menurunkan Sergio Ramos dalam kesebelasan utamanya?

Ramos tidak dinafikan kini sedang berada di tahap kecergasan terbaiknya dan beliau juga sudah menemui sentuhan terbaik beliau sejak beberapa perlawanan terakhir ini.

Beliau juga turut sudah berjaya menjaringkan gol ketika beraksi bertemu Reims sebelum ini, dengan pengalaman yang beliau miliki di pentas terbesar Eropah itu sangat berguna untuk kelab.

Rahsia dan taktikal Real Madrid sudah tentu ada dalam kocek Ramos dan jelas sekali Mauricio Pochettino akan menggunakan hal tersebut sebagai satu kelebihan untuk Paris Saint Germain.

Ramos sememangnya terkenal dengan kemampuan beliau bermain dalam perlawanan besar, dan beliau jelas sekali sudah terbiasa beraksi di gelanggang keramat Real Madrid.

Walau bagaimanapun, ini bakal menjadi kali pertama untuk Sergio Ramos beraksi sebagai lawan kepada Real Madrid, dan dikhuatiri beliau tak mampu menyerap tekanan dari para peminat di Santiago Bernabeu nanti.

Atau mungkin beliau bakal menjadi pencetus kepada kejayaan Paris Saint Germain menewaskan Real Madrid, seterusnya melayakan mereka ke pusingan suku akhir.

Dua-dua kemungkinan mungkin akan berlaku, sama ada ia akan memberi hasil yang baik, atau mungkin akan membawa malapetaka kepada PSG nanti.

Pochettino mungkin akan pilih jalan selamat, dengan menggandingkan dua pemain asal beliau, berbanding menurunkan legenda Sepanyol itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN