Walau Kalah, Xavi Tetap Anggap Barcelona Lebih Bagus Berbanding Real Madrid

Pengurus Barcelona, Xavi sangat berbangga dengan persembahan yang ditunjukkan oleh anak-anak buahnya ketika aksi kekalahan 3-2 bertemu seteru utama mereka Real Madrid.

Real Madrid turun bertemu Real Madrid dalam aksi separuh akhir saingan Spanish Super Cup di King Fahd Stadium, Arab Saudi awal pagi tadi.

Walau tewas, Xavi percaya yang gergasi Catalan itu sedang berada di landasan yang betul dalam usaha mereka untuk bangkit dan membalas dendam dalam aksi ‘El Clasico’ selepas ini.

Vinicius Jr berjaya membuka tirai jaringan dalam perlawanan ini, dan meletakkan Los Blancos di hadapan pada minit ke-25 permainan.

Luuk de Jong kemudiannya berjaya memadam gol pendahuluan tersebut, empat minit sebelum berakhirnya aksi babak pertama permainan.

Masuk aksi babak kedua, Karim Benzema cemerlang meledak gol untuk sekali lagi meletakkan Real Madrid di hadapan.

Ansu Fati kemudiannya berjaya meledak gol kedua untuk Barcelona mengikat Real Madrid 2-2, seterusnya membawa perlawanan ke aksi tambahan masa.

https://twitter.com/BaggioM10/status/1481379030108495872?t=QNs52uT6IgywKjiuL9nDFQ&s=19

Federico Valverde menjadi wira Real Madrid selepas beliau menjaringkan gol kemenangan untuk skuad kendalian Carlo Ancelotti itu pada minit ke-98 permainan.

Kemenangan ini berjaya membawa Real Madrid ke aksi perlawanan akhir, sementara Barcelona pula terpaksa akur perjalanan mereka dalam saingan Spanish Super Cup sudah berakhir.

Barcelona lebih dominan

Barcelona mencatatkan lebih banyak percubaan (20) berbanding Real Madrid (14) dalam perlawanan ini, dan mereka juga turut mendominasi penguasaan bola (53%-47%).

Selain percubaan dan penguasaan bola, Barcelona juga merekodkan statistik hantaran yang lebih banyak (704) berbanding Real Madrid (640) dalam perlawanan ini.

Walau secara statistik dan persembahan di atas padang memihak kepada Barca, namun sayangnya keputusan perlawanan pula tidak memihak kepada mereka.

Xavi walau bagaimanapun tetap berbangga dengan persembahan anak-anak buahnya, dan turut mendakwa yang mereka sebenarnya jauh lebih bagus berbanding Madrid dari segi corak permainan dan penguasaan bola.

“Saya fikir kami lebih bagus berbanding Real Madrid dari segi corak permainan, dominasi dan kami ada perancangan dalam perlawanan ini.”

Jelas Xavi Hernandez ketika sidang media selepas tamat perlawanan.

“Kami mengambil banyak risiko dan kami tahu bagaimana mahu mengawal transisi, dan ini cara sebenar untuk bersaing. Kami bersaing dengan sangat baik dengan sebuah pasukan yang sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka.”

“Jika kamu lambung syiling, dan yang muncul adalah kepala untuk memihak kepada Barcelona, tidak ada sesiapa akan kata apa-apa. Tapi yang keluar adalah ekor.”

“Kami boleh keluar dengan rasa bangga kerana kami sudah beri saingan dan ini merupakan langkah ke depan dari kami walau keputusan tidak.”

Tambah Xavi lagi.

“Kami sedang berada di landasan terbaik dan ini adalah titik bangkit bukan dari segi keputusan, tapi dari segi perasaan dan corak permainan.”

Saingan Spanish Super Cup merupakan sasaran terbaik untuk Barcelona mendapatkan kejuaraan pertama mereka musim ini.

Namun kekalahan kepada Real Madrid menyebabkan mereka terpaksa memberi sepenuh perhatian kepada aksi dalam saingan Europa League dan Copa Del Rey.

Skuad kendalian Xavi Hernandez itu pada ketika ini sedang berada di kedudukan keenam dalam carta saingan La Liga, dengan mereka 17 mata di belakang pendahulu, Real Madrid.

Sudah tentu agak sukar dan mungkin sangat mustahil untuk Barca melakukan sesuatu dalam usaha mereka untuk memenangi gelaran La Liga pada musim ini.

https://twitter.com/ReshadRahman_/status/1481381647140413445?t=MpzTsofEuVUFWMSi_Y9Sgw&s=19

Gergasi Catalan itu juga sudah tersingkir dari saingan Champions League, dengan mereka pada musim ini hanya mampu menamatkan aksi hingga peringkat kumpulan sahaja.

Ia merupakan kali pertama mereka tersingkir di peringkat kumpulan dalam saingan Champions League sejak kali terakhir pada musim 2000/01.

Dek kerana tersingkir, Barcelona terpaksa akur beraksi dalam saingan Europa League dan sudah tentu mereka tidak akan melepaskan peluang untuk menjulang kejuaraan UEL musim ini.

Aksi kelab selepas ini adalah turun bertemu Athletic Bilbao, dalam aksi peringkat pusingan 16 terbaik saingan Copa Del Rey pada 19 Januari nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN