Thiago Silva: Umur Sekadar Nombor, Saya Berasa Sangat Muda

Thiago Silva

Thiago Silva menegaskan pengalamannya bergelar juara bersama AC Milan, Paris Saint-Germain (PSG) dan skuad kebangsaan Brazil akan membantu barisan pemain muda Chelsea untuk meraih kejayaan di peringkat tertinggi.

Silva yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-36 semalam bakal menjadi tonggak utama di jentera pertahanan Chelsea dan beliau dijangka akan diturunkan pada perlawanan Piala Carabao bertemu Barnsley, awal pagi esok.

Pemenang Copa America 2019 itu dalam masa sama turut menepis keraguan bahawa beliau mungkin tidak dapat menyesuaikan diri dengan tempo pantas dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bagi Silva, beliau beranggapan dedikasi yang ditunjukkannya di dalam serta luar padang akan membuatkan beliau lebih bersedia untuk beraksi walaupun pada usia yang lanjut dalam bola sepak.

”Tidak, saya tidak risau tentang semua ini kerana saya tahu di mana saya mahu pergi kerana saya mempunyai harapan yang sangat tinggi terhadap pasukan ini, skuad muda ini.”

”Syukur kepada Tuhan, secara fizikalnya saya berasa sangat baik. Umur hanyalah nombor pada dokumen anda tetapi secara fizikal, saya berasa sangat muda,” ujar Silva menurut laporan Goal.

”Saya sangat bersedia untuk semua ini dan saya telah mempersiapkan semua ini seumur hidup saya. Orang yang mengenali saya tahu bagaimana saya bekerja keras.”

”Saya meletakkan [usaha] 200 peratus dan ini merupakan peluang hebat di mana Chelsea dan Frank Lampard telah berikan kepada saya dan saya tidak mahu mengecewakan mereka.”

Silva yang menjadi tonggak PSG melayakkan diri ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim lalu memilih untuk menyertai Chelsea secara percuma selepas kontraknya bersama skuad gergasi Perancis itu tamat pada Jun lalu.

Kredit featured image: Chelsea Football Club

Baca artikel lain dari kami mengenai Thiago Silva:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN