Thiago Silva: “Lionel Messi Lebih Sukar Untuk Dikawal Berbanding Cristiano Ronaldo”

Siapakah yang lebih hebat antara 2 pemain handalan ini? Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo?

Perdebatan ini sudah lama berlarutan dengan semua orang punya pendapat masing-masing.

Begitu juga dengan kapten Paris Saint-Germain – Thiago Silva.

Pemain Brazil itu berpendapat yang Messi merupakan pemain yang lebih sukar untuk dikawal berbanding Ronaldo jika beliau berhadapan dengan bintang Barcelona itu.

“Sebenarnya, lebih sukar untuk saya ketika berhadapan dengan Lionel Messi berbanding ketika menentang Cristiano Ronaldo.”

“Sukarnya untuk mengawal pergerakan Messi adalah ketika beliau mempunyai bola di kakinya.”

“Tak kisahlah jika anda berhadapan dengan beliau dalam situasi 1 lawan 1 atau 2 lawan 1, ia tetap sukar.”

Sementara bagi Ronaldo, Silva berkata hanya 2 pemain diperlukan untuk memastikan pemain itu tidak mengundang sebarang bahaya.

“Bagi Ronaldo pula, hanya 1 pemain sahaja diperlukan untuk menghalang pergerakan beliau.”

“Untuk lebih selamat, 2 pemain akan digunakan untuk menghalang beliau dari melakukan sebarang bahaya.”

Walaupun berasakan Messi lebih berbahaya berbanding Ronaldo, Silva tetap berharap kata-katanya tidak akan kembali padanya apabila bertemu dengan Ronaldo dan Real Madrid pada saingan UEFA Champions League Februari ini.

Messi dan Ronaldo meneruskan dominasi mereka apabila 10 anugerah Ballon d’Or yang terakhir dimenangi oleh salah seorang dari dua pemain tersebut.

Dengan kesukaran yang dihadapi Ronaldo bersama Real Madrid setakat ini, dijangka Messi mampu untuk menjulang anugerah individu itu untuk kali ke-6.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN