Bekas Penyerang Felda United Thiago Augusto Julang Piala Negara Teluk Bersama Bahrain

Bekas penyerang import Felda United, Thiago Augusto Fernandes yang beraksi sebagai pemain naturalisasi Bahrain berjaya membantu pasukannya menjuarai kejohanan Piala Negara Teluk WAFF buat kali pertama menewaskan Arab Saudi 1-0 pada perlawanan akhir.

Mohamaed Al-Romaihi muncul wira dengan menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-69 bagi mengesahkan kejuaraan Bahrain dalam pertandingan itu di mana sebelum ini mereka telah muncul naib juara sebanyak empat kali.

Penyerang Al-Hilal, Salman Al-Faraj gagal menyudahkan sepakan penalti untuk pasukan Arab Saudi selepas Salem Al-Dawsari dijatuhkan Mahe Al-Humaidan dalam kawasan kotak penalti Bahrain.

Kekalahan itu ternyata amat sukar ditelan skuad Helang Hijau itu yang mempunyai penguasaan bola yang lebih banyak (65%) dan terlepas beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol di mana percubaan Salem Al-Dawsari juga sekadar singgah di palang gol dan beberapa peluang lain di hujung permainan.

Namun satu gol dari Bahrain kekal sehingga tamat perlawanan dan membawa kepada keraian pemain dan penyokong negara itu di Stadium Antarabangsa Abdullah Khalifa, Qatar.

Bahrain membuka aksi di kejohanan ini dengan langkah sumbang apabila sekadar seri dengan Oman 0-0 pada perlawanan pertama dan kemudian mereka tewas 2-0 kepada Arab Saudi pada perlawanan kedua.

Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, The Reds bangkit dengan mencatat kemenangan 4-2 ke atas Kuwait di mana Thiago Augusto telah menjaringkan dua gol.

Keputusan itu membolehkan mereka mara ke peringkat separuh akhir selepas mengakhiri saingan di peringkat kumpulan di kedudukan kedua dengan empat mata, hanya dibezakan satu gol sahaja dengan Oman yang turut mengumpul empat mata.

Pada peringkat separuh akhir, Bahrain yang kali terakhir mara ke perlawanan akhir pada 2004 menumpaskan Iraq menerusi sepakan penalti 5-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 sepanjang 120 minit perlawanan.

Arab Saudi yang menundukkan Qatar 1-0 di peringkat separuh akhir gagal mengulangi kejayaan di peringkat kumpulan dan ternyata Bahrain lebih unggul membalas dendam sekaligus menafikan hasrat Arab Saudi untuk menjulang piala itu buat kali keempat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN