TERKINI: Darul Aman Nanti Kunjungan Juara Hong Kong Premier League, Tai Po FC

Kedah Tai Po FC Kelayakan ACL 2020 Undian

Proses undian untuk kumpulan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020 baru sahaja selesai menyaksikan Kedah akan bertemu wakil yang juga juara daripada Hong Kong Premier League, Tai Po FC dalam pusingan kedua kelayakan yang dijadualkan pada 21 Januari.

Perlawanan tersebut akan dilangsungkan di Stadium Darul Aman dan pastinya ini memberi sedikit kelebihan buat Helang Merah.

Tahun lalu, Perak selaku wakil Malaysia berjaya menewaskan wakil juga daripada Hong Kong Premier League iaitu Kitchee SC dalam penentuan sepakan penalti selepas kedua-duanya terikat 1-1 dalam masa sebenar. Perak layak ke pusingan kelayakan terakhir sebelum tumbang 1-5 kepada wakil Korea Selatan, Ulsan Hyundai.

Proses undian yang berlangsung di AFC House, Bukit Jalil itu telah dihadiri oleh Pengurus pasukan Liga Super Kedah, Al-Naliq Hasmi Abu Hassan dan telah bermula sekitar jam 4.30 petang tadi.

Ini merupakan penampilan pertama Kedah dalam pertandingan tertinggi kelab-kelab Asia selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi pasukan pertama yang berbuat demikian pada musim lalu.

Dan seperti yang dijangkakan, sekiranya Kedah berjaya melepasi cabaran Tai Po FC pada 21 Januari, wakil Korea Selatan, FC Seoul akan menanti di Stadium Piala Dunia Seoul pada 28 Januari. Pemenang antara kedua-dua pasukan akan layak ke peringkat kumpulan ACL 2020 yang dijangka bermula sekitar Mac 2020.

Kedah baru sahaja memulakan sesi latihan pra-musim mereka minggu lalu dan Semuanya BOLA dimaklumkan oleh pengendali, Aidil Sharin Sahak yang mereka bakal menjalani perlawanan pra-musim di luar negara yang lokasinya belum ditetapkan.

Dijangkakan akan berlangsung selama 10 hari bermula sekitar awal Januari depan, Kedah mungkin akan memilih lawan yang lebih baik bagi persediaan untuk berdepan juara Hong Kong Premier League.

Sebelum berangkat, Kedah akan mengadakan dua persahabatan dijangka pada penghujung Disember dengan pasukan tempatan yang juga masih belum diumumkan oleh pengurusan pasukan.

Helang Merah juga masih menanti kehadiran pemain import untuk posisi tengah yang dikhabarkan memiliki ciri-ciri seorang jeneral di padang bagi melengkapkan senarai pemain untuk musim 2020.

Kredit Featured Image: Kedah FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN