Thiago Alcantara: Saya Gembira Berada Di Bayern

Thiago Alcantara

Pemain tengah Bayern Munich, Thiago Alcantara dilihat masih berteka-teki mengenai masa depannya bagi menghadapi musim baharu apabila menegaskan bahawa beliau gembira bersama kelab pemenang Liga Juara-Juara Eropah 2019/20 tersebut.

Sebelum ini, angin bertiup kencang bahawa khidmat pemain kelahiran Sepanyol itu diintai Liverpool untuk memantapkan jentera tengah skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

Beliau yang kini sedang membawa cabaran Sepanyol dalam kempen UEFA Nations League turut mengakui mahu memberikan tumpuan terhadap tugasan skuad kebangsaan terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang masa depannya.

”Saya kini hanya memikirkan tentang perlawanan menentang Ukraine, selepas itu kita akan lihat apa yang bakal berlaku.”

”Bayern merupakan rumah saya dan saya gembira untuk berada di sana,” ujar Thiago menurut laporan dikeluarkan Goal.

Selama tujuh musim bersama Bayern Munich, Thiago telah membuat 235 penampilan dan menjaringkan 31 gol serta mencipta 37 bantuan jaringan dalam semua pertandingan yan disertai kelab tersebut.

Thiago juga telah memenangi kesemua pertandingan utama peringkat kelab apabila kelab Bavaria itu muncul juara Piala Dunia Kelab FIFA 2013, Liga Juara-Juara Eropah 2019/20, tujuh kejuaraan Bundesliga dan DFB Pokal sebanyak empat kali.

Awal pagi tadi, Thiago diturunkan sebagai pemain kesebelasan utama dan beraksi 90 minit ketika bertemu Jerman yang mana kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Mercedes-Benz Arena.

Jerman membuka tirai jaringan pada minit ke-51 menerusi Timo Werner manakala Jose Luis Gaya menyamakan kedudukan pada lewat permainan untuk kedua-dua pasukan berpuas hati dengan satu mata.

Kredit featured image: Stuart Franklin/Bongarts/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Thiago Alcantara:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN