Theerathon Bunmathan: ‘Playmaker’ Ke-2 Thailand Yang Bergerak Di Sebelah Sayap Kiri

Chanathip Theerathon duo playmaker Thailand Piala AFF 2020

Bek sayap Thailand, Theerathon Bunmathan bukan sahaja pemain pertahanan, malah majoriti asakan daripada Gajah Perang digarap olehnya dari sebelah sayap kiri dan layak kita gelarnya sebagai seorang ‘playmaker’.

Tak seperti kebiasaan, seorang pencatur permainan pasukan biasanya seorang pemain tengah – tak kira beliau akan mula gerakan di sebelah kanan atau kiri, namun luar biasanya Thailand, mereka menggunakan terus ‘otak’ di sebelah kiri yang digerakkan Theerathon Bunmathan untuk mencatur sepenuhnya permainan Thailand.

Chanathip Songkrasin juga dianggap ‘playmaker’ buat mereka, namun gaya permainan Theerathon juga satu hal yang lain. Beliau mampu menjana serangan berbahaya buat Thailand dari koridor yang digerakkannya dan tiap kali apabila bola berada di kakinya, kita tahu Thailand akan mula memikirkan serangan ke kawasan lawan.

https://twitter.com/dgouilard/status/1474676908361015296

Merupakan pemain ketiga yang memiliki penampilan terbanyak di kem Gajah Perang selepas lagenda hidup, Teerasil Dangda dan penjaga gol, Kawin Thamsatchanan dengan 65 kaps menjadikan beliau sangat berkaliber.

Apa yang ditawarkannya kepada pasukan? Di saat mungkin ruang Chanathip ditutup lawan – disebabkan beliau berada di bahagian final third lawan dan merupakan pemain tumpuan, Theerathon akan datang daripada belakang atau bawah untuk menawarkan ruang dan pilihan tambahan untuk rakan membuat hantaran.

Dan beliau kerap turun dan naik untuk menawarkan pilihan tambahan kepada rakan-rakannya. Dalam aksi separuh akhir pertama ketika mengejutkan pasukan pilihan, Vietnam, beliau merupakan pemain yang paling bertenaga di dalam padang dan dinobatkan Most Energetic Player. Thailand menang 2-0 ke atas Vietnam.

Malah, sepanjang kejohanan setakat ini, beliau merupakan ‘Top 3’ pemain terbanyak mencipta peluang, di belakang dua pemain tengah, Shahdan Sulaiman (Singapura) dan Nguyen Quang Hai (Vietnam) dengan 11 kali mencipta peluang gol buat pasukan. Beliau juga adalah ‘Top 5’ pemain terbanyak membuat hantaran lintang.

Cipta peluang
FOTO: AFF Official
Banyak pass
FOTO: AFF Official

Paling menarik adalah beliau satu-satunya daripada kem Gajah Perang yang berada di kalangan ‘Top 10’ pemain terbanyak membuat hantaran. Tambah menarik, beliau hanya membuat tiga penampilan setakat ini berbanding 10 pemain lain yang paling minimum telah merekodkan empat penampilan sepanjang saingan Piala AFF kali ini.

Walaupun terbanyak dalam membuat sentuhan dan berada di atas dan bawah, Theerathon bukanlah pemain yang suka membuat gelecekan tidak seperti Chanathip. Berbanding gaya ‘playmaker’ Chanathip yang membuat lapan gelecekan berjaya, beliau hanya melakukannya sebanyak dua kali. Beliau hanya membantu aliran bola.

Dalam pertembungan separuh kedua malam ini, adakah Theerathon akan menjadi tunjang utama lagi? Defesit dua gol yang dimiliki ketika ini menjadikan Thailand sebagai pilihan untuk bertemu Indonesia di pentas final. Namun, dengan keyakinan Vietnam untuk nafikannya, perlawanan ini dijangka akan menjadi lebih mengujakan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN