Senarai 5 Pemain Yang Ralf Rangnick Mahu Tandatangani

Pengurus interim Manchester United, Ralf Rangnick sudah menyenaraikan senarai lima pemain yang beliau mahukan untuk ditandatangani pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Menurut sumber dari The Athletic yang dilaporkan semula oleh Manchester Evening News, Ralf Rangnick sudah menyerahkan senarai lima pemain tersebut kepada pimpinan kelab untuk dinilai semula.

Laporan sama turut mendedahkan yang lima pemain tersebut adalah Erling Haaland, Kieran Trippier, Jude Bellingham, Tyler Adams dan Declan Rice.

Manchester United melalui musim 2021/22 dengan agak suram hingga menyebabkan pengurus kelab, Ole Gunnar Solskjaer dipecat.

Selepas memecat pengurus dari Norway itu, Red Devils melantik Michael Carrick sebagai pengurus sementara, sebelum Ralf Rangnick dilantik sebagai pengurus interim.

Taktikal dan falsafah yang dibawa oleh pengurus berusia 63 tahun itu sepertinya berjaya mengubah sepenuhnya corak permainan Man United.

Namun begitu, ada segelintir pemain yang tak mampu untuk beradaptasi dengan corak permainan yang diterapkan oleh Ralf Rangnick.

Oleh kerana itu, beliau memutuskan untuk membawa masuk pemain-pemain berprofil tinggi yang dirasakan akan mampu untuk bermain dengan falsafah serta pendekatan yang beliau gunakan.

Manchester United juga sepertinya sudah bersedia untuk kehilangan beberapa pemain utama yang mahu meninggalkan kelab dalam masa terdekat ini.

Oleh kerana pemain-pemain yang mahu meninggalkan kelab itu datangnya dari beberapa posisi berbeza, maka United juga turut sama perlu menambah baik kesemua posisi yang ditinggalkan kosong itu.

Kerana itu jugalah Ralf Rangnick menyenaraikan lima pemain yang beliau letakkan sebagai pemain dalam senarai pemain yang mahu ditandatangani.

Antara posisi yang perlu diperkuatkan adalah posisi penyerang, dengan Red Devils berkemungkinan akan kehilangan dua pemain dari posisi itu pada jendela perpindahan Januari ini.

Anthony Martial dan Edinson Cavani dilaporkan sudah hampir pasti untuk meninggalkan kelab pada jendela perpindahan Januari ini.

Lima pemain yang ada dalam wishlist Ralf Rangnick

Man Utd tidak dinafikan sudah beberapa kali dikaitkan dengan Erling Haaland, namun begitu, agak sukar untuk mereka mendapatkan bintang Norway itu memandangkan terlalu banyak kelab yang turut sama mahukan khidmatnya.

Manchester City, Chelsea, Real Madrid, Barcelona dan Liverpool merupakan antara pasukan yang sangat berminat untuk mendapatkan khidmat Haaland.

Jude Bellingham, Tyler Adams dan Declan Rice merupakan tiga pemain midfield yang turut ada dalam senarai pemain yang Ralf Rangnick mahukan.

Ramai peminat yang percaya posisi midfield sebenarnya antara titik terlemah Man Utd pada ketika ini dengan mereka hanya memiliki pemain seperti Fred, Scott McTominay dan Nemanja Matic.

Ketiga-tiga pemain ini sememangnya bagus namun untuk mereka memantapkan lagi barisan tengah dan bersaing dengan pemain midfield terbaik yang lain, ia sepertinya agak sukar.

United juga memerlukan pemain midfield baru seandainya Paul Pogba benar-benar meninggalkan Manchester United pada musim panas akan datang.

Pemain kebangsaan Perancis itu sudah hampir pasti untuk meninggalkan kelab dengan kontraknya juga bakal tamat pada penghujung musim ini nanti.

Pemain terakhir yang United mahukan adalah Kieran Trippier dengan pemain kebangsaan England ini juga merupakan antara pemain yang sudah lama dikejar oleh Red Devils.

Skuad kendalian Ralf Rangnick itu sangat memerlukan seorang lagi pemain di posisi pertahanan kanan, dalam usaha mereka untuk mencari pencabar kepada Aaron Wan-Bissaka.

Agak menarik juga seandainya United berjaya mendapatkan Tyler Adams kerana beliau juga sebenarnya boleh bermain di posisi itu.

Manchester United akan kembali beraksi dalam saingan Premier League pada minggu ini, selepas aksi mereka sebelum ini terpaksa ditangguhkan kerana kem mereka dilanda wabak pandemik.

Red Devils akan turut beraksi bertemu Newcastle malam esok dengan skuad kendalian Ralf Rangnick itu berpotensi besar untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan ini.

Manchester United pada ketika ini berada di kedudukan keenam dalam carta saingan liga dengan mengumpul 27 mata dari 16 perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN