Penyerang veteren Zlatan Ibrahimovic akhirnya bakal kembali memeriahkan bola sepak antarabangsa selepas bersetuju untuk kembali bersama skuad kebangsaan Sweden selepas lima tahun mengumumkan persaraannya.
Penyerang berusia 39 tahun itu merupakan pemegang rekod penjaring terbanyak untuk negara Scandanvia itu dengan 62 gol dari 116 penampilan sebelum bersara sebaik sahaja Sweden tersingkir di peringkat kumpulan kejohahanan Euro 2016.
Namun pada November tahun lalu, dalam satu temubual bersama sebuah akhbar, beliau mengakui bersedia untuk kembali menguatkan pasukan negaranya dan jurulatih Sweden Janne Andersson terus terbang ke Milan untuk bertemu dengan penyerang tersebut.
🚨 Zlatan Ibrahimovic is named in Sweden’s international squad.
The 39-year-old had retired from international football in 2016 🚨 pic.twitter.com/BJckR8UBas
— B/R Football (@brfootball) March 16, 2021
Prestasi Ibrahimovic setelah kembali semula ke Eropah pada tahun lalu seakan-akan tidak menunjukkan beliau sudah berada di penghujung kariernya.
Sejak kembali ke Milan, beliau telah mencatat 27 gol serta tujuh bantuan jaringan dalam 41 perlawanan dan rekod tersebut merupakan yang terbaik dalam kalangan mana-mana penyerang Sweden dalam tempoh setahun kebelakangan ini.
Di media sosial, Ibrahimovic memberi respon pengumuman Sweden iu dengan ciapan “The return of the God”.
Namun di sebalik berita tersebut, timbul persoalan adakah kepulangan Ibrahimovic itu akan memberi impak yang positif atau sebaliknya?
The return of the God @svenskfotboll pic.twitter.com/hQThIdWRY0
— Zlatan Ibrahimović (@Ibra_official) March 16, 2021
Kapten Sweden Andreas Granvist dalam satu temubual pada semasa Piala Dunia 2018 menegaskan pasukannya sememangnya kehilangan salah seorang pemain terbaik dunia, tetapi mereka adalah pasukan yang jauh lebih baik sejak persaraan Ibrahimovic.
Sweden mara ke peringkat suku akhir dalam kejohanan tersebut buat pertama kali sejak Piala Dunia 1994 dan pencapaian tersebut tidak pernah diraih sewaktu Ibrahimovic bersama pasukan tersebut.
Malah mereka juga layak ke kejohanan Euro 2020 secara automatik setelah menamatkan saingan di tempat kedua kumpulan F di belakang Sepanyol.
Ketiadaan Ibrahimovic itu berjaya ditampung sebaiknya gandingan baik Marcus Berg dan Emil Forsberg. Mereka juga kini mempunyai dua penyerang generasi baharu iaitu Dejan Kulusevski dan Alexander Isak yang cemerlang bersama kelab masing-masing ketika ini.
🇸🇪 Sweden announce their #NationsLeague squad with young talent leading the attack.
Biggest impact; Dejan Kulusevski OR Alexander Isak❓https://t.co/af6odmULLT pic.twitter.com/dvWQ6c1JFL
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) November 4, 2020
Granqvist beranggapan kunci kepada kebangkitan Sweden adalah jurulatih (Janne Andersson) yang membina sebuah pasukan yang mementingkan semangat kebersamaan
Bagaimanapun Kulusevski pula berharap Ibrahimovic yang merupakan idolanya itu dapat kembali memperkuatkan skuad Sweden menjelang kejohanan Euro yang bakal berlangsung pada pertengahan tahun ini.
Andersson yang bertanggungjawab membawa kembali Ibrahimovic secara terus terang mengakui bahawa penyerang AC Milan itu masih penyerang terbaik untuk skuad Swedan.
“Apa yang paling penting, dia adalah antara pemain terbaik yang kita miliki di Sweden. Jelas saya berbesar hati apabila dia mahu kembalim” ujar jurulatih berusia 58 tahun itu.
#Sweden CT Janne Andersson said Zlatan Ibrahimovic ‘will be included in the #EuropeanChampionship’ this summer. ‘I’m really happy he’s here’. https://t.co/NhtgKgFzop#SerieA #ACMilan #SerieATIM #WCQ #WorldCup2022 #Euro2020 pic.twitter.com/Cv33BRVNYb
— Football Italia (@footballitalia) March 16, 2021
“Selain daripada apa yang dia dapat sumbangkan di atas padang, dia juga mempunyai pengalaman yang cukup luas untuk disumbangkan kepada pemain-pemain lain di dalam pasukan.”
Sweden dijadualkan bertemu Georgia pada 25 Mac ini sebelum beraksi menentang Kosovo tiga hari kemudian untuk dua perlawanan pertama bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2022.
Sama ada kepulangan Ibrahimovic ini baik atau tidak, segalanya akan terjawab apabila beliau kembali menyarung jersi ikonik kuning biru itu tidak lama lagi.
Kredit Foto: Getty Images
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Zlatan Ibrahimovic dan Sweden:
Dejan Kulusevski Harap Ibrahimovic Kembali Perkuatkan Skuad Sweden
Zlatan Ibrahimovic Menyifatkan Setiap Pemain Sweden Wajar Menerima ‘Golden Ball’
Andreas Granqvist: Sweden Tidak Akan Mengubah Gaya Permainan Bagi Hadapi England