‘The Mysterious Case of Liridon Krasniqi’, Jalani Pemulihan Atau Membawa Diri?

Masih kekal misteri, benarkah pemain import Melaka United, Liridon Krasniqi sedang menjalani proses pemulihan daripada kecederaan di luar negara sebagaimana yang dimaklumkannya?

Menurut laporan Sinar Harian, Liridon tampil dengan permohonan maaf di laman instagramnya kerana masih tidak dapat pulang membantu Melaka United dalam saingan musim ini.

Tanpa Liridon, Melaka United sedang melalui 4 perlawanan tanpa sebarang kemenangan dan menjejaskan perancangan pengendali, Zainal Abidin Hassan dengan perlu mencari pengganti yang sesuai.

Dan malam ini, mereka bakal turun dalam perlawanan penting menentang pencabar kejuaraan liga, Kedah di laman sendiri.

Mohon maaf di instagram

“Kepada penyokong, saya amat sedih kerana tidak dapat membantu dan bersama pasukan buat masa ini.

“Saya masih bekerja keras setiap hari untuk kembali pulih. Saya perlu pastikan saya kembali lebih kuat daripada apa yang ditunjukkan sebelum ini.

“Maaf dan terima kasih untuk kata-kata semangat yang anda berikan,” ujarnya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Pasukan tidak tahu sampai bila

Apa yang di luar kebiasaannya adalah pasukan tiada kuasa untuk melarang, menyekat atau memanggilnya pulang bagi melihat dan memantau sendiri kondisi terkininya setakat ini.

Ini sangat merumitkan keadaan dan timbul juga persoalan, adakah mana-mana pemain lebih besar daripada pasukan?

Tidak dinafikan ada pemain yang merasakan dirinya lebih besar daripada pasukan antaranya Diego Maradona ketika di Napoli, Ian Wright (Arsenal) dan David Beckham (Manchester United). Adakah mungkin Liridon adalah salah seorang daripadanya?

Menurut pengurus Melaka United, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, pemain tersebut belum menoktahkan tarikh sebenar kepulangannya kerana masih menerima rawatan di Jerman.

Dipetik daripada Berita Harian, Mohd Yusoff berkata, “Apapun kami masih sabar menanti. Bila dia kembali, itu tidak pasti.”

Bukan kali pertama

Ini bukanlah kali pertama Liridon menghilangkan diri ke luar negara dan menyatakan yang dirinya sedang dalam proses menjalani pemulihan daripada kecederaan.

Ketika bersama Kedah, Liridon pernah menghilang dan kemudian kembali selepas 7 perlawanan. Dan Kedah melalui fasa sukar sepanjang ketiadaannya apabila gagal merekodkan sebarang kemenangan sepanjang hampir dua bulan!

Liridon akhirnya kembali daripada ‘pertapaannya’ dan meledak 2 gol membantu Kedah mencatatkan kemenangan 3-2 menentang MIFA FC (kini PJ City FC) dalam saingan Piala Malaysia 2018.

Ironinya, dia kembali pulih dan pulang setelah ketua jurulatih, Mohd Nidzam Adzha direhatkan oleh pengurusan pasukan pada perlawanan menentang MIFA – kebetulan atau sudah pulih?

Masalah dalaman?

Bukanlah mahu menimbulkan spekulasi buruk mengenai isu ini cuma ini adalah apa yang penulis dapat pelajari sepanjang ketiadaan Liridon bersama Kedah pada musim lalu.

Selepas musim berakhir, memetik laporan Berita Harian, Liridon secara terbuka telah menyatakan bahawa Nidzam Adzha adalah pengecut dan punca utama kemerosotan prestasi Kedah.

Untuk rekod, kini Nidzam Adzha adalah penolong ketua jurulatih kepada Zainal Abidin Hassan di Melaka United. Pada awal musim, Mohd Yusoff menjelaskan yang kedua-duanya perlu membuka buku baharu ketika bersama skuad Hang Tuah.

Adakah ianya semudah itu? Penulis tiada jawapan pasti untuk persoalan tersebut. Adakah Melaka United sedang melalui apa yang Kedah pernah lalui pada penghujung musim lepas?

Penutup

Melihatkan instagram milik Liridon, dia seakan-akan sedang menikmati percutian di Jerman. Liridon ada mengemaskini proses rawatannya namun status dan kondisi terkini langsung tidak dapat dipantau oleh Melaka United. Ini yang menimbulkan persoalan kurang enak dikalangan peminat.

Tidak seperti pemain Perak, Brendan Gan yang menitipkan setiap proses pemulihan yang dijalaninya di laman instagram miliknya agar peminat dan penyokong dapat melihat sendiri perkembangan pemulihannya daripada kecederaan ACL yang dialaminya dahulu.

Penulis juga bersetuju, tidak semestinya semua perkara perlu dikemaskini di laman instagram dan mungkin ada kebenarannya yang Liridon memang sedang berusaha gigih untuk kembali pulih.

Namun, sekurang-kurangnya berilah kata putus mengenai tarikh kepulangan agar pasukan tidak pening kepala memikirkan tentang kemungkinan lain – berminat untuk kekal atau tidak kerana jendela perpindahan kedua bakal dibuka tidak lama lagi.

Nota editor: Ulasan ini merupakan pendapat peribadi penulis dan tidak mewakili pendapat Semuanya BOLA sebagai satu organisasi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN