Major League Soccer Sahkan Untuk Berkembang Kepada 30 Pasukan

Major League Soccer telah secara rasminya akan berkembang kepada 30 pasukan. Sebelum ini, mereka telah meletakkan sasaran sebanyak 28 pasukan yang menyertai liga itu.

Baru 24

Muka baru MLS, Austin dari Texas. Sumber: MLSSoccer.

Musim 2019 baru bermula dengan menyaksikan penglibatan 24 pasukan.

Musim hadapan, dua lagi pasukan akan menyertai MLS iaitu Nashville dan Inter Miami.

Nashville merupakan pasukan dari negeri Tennessee manakala Inter Miami pula berpangkalan di Florida. David Beckham mempunyai kaitan dengan Inter Miami.

Pada edisi 2021 nanti, Austin dari Texas pula akan menyertai MLS.

Siapa calon seterusnya?

Difahamkan dua calon pasukan baharu iaitu Sacramento dan St. Louis akan bertemu pengurusan MLS. Yuran untuk menyertai MLS ini dikatakan menjangkau 200 juta Dolar Amerika.

Pengumuman kelab ke-28 dan ke-29 akan dibuat pada 31 Julai ini. Bagi kelab ke-30, pentadbiran MLS belum menetapkan berapakah yuran tersebut akan dibayar oleh calon kelab.

Berita gembira

Slot ke-30 masih terbuka kepada mana-mana pasukan ingin bertanding. Antara calon dikatakan menyahut panggilan itu ialah daripada pemilik Charlotte Panthers, kelab liga bola sepak Amerika.

David Tepper, pemilik Panthers memaklumkan bahawa MLS sentiasa berbincang dengannya untuk membuka pasukan baru di Charlotte, Carolina Utara.

Iklim berubah

MLS telah mengalami fasa perubahan ketara sejak beberapa tahun mutakhir. Malah, MLS kini berhadapan dengan seteru daripada Canadian Premier League (CPL) yang baru memulakan aksi.

USL yang baru dijenamakan semula. Sumber: Underconsideration.

Selain itu, United Soccer League (USL) yang menjadi divisyen kedua liga bola sepak di Amerika Syarikat baru sahaja dijenamakan semula. Penjenamaan semula itu termasuk menggunakan nama baharu iaitu USL Championship, USL League One dan USL League Two.

Walau bagaimanapun, ada dua persoalan sahaja masih belum terjawab. Pertama, bilakah akan adanya promotion-and-relegation dalam liga bola sepak Amerika. Kedua, bilakah kelab Kanada akan berhijrah ke liga mereka sendiri?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN