Thanabalan Akui Tergugat Dengan Kehadiran Muka Baharu

N.Thanabalan

Penyerang skuad bawah 23 tahun negara, N. Thanabalan mengakui sedikit tergugat dengan kehadiran beberapa muka baharu daripada skuad Bawah 19 Tahun (B-19) yang dipanggil menyertai kem latihan pusat bagi menghadapi Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2018, Januari depan.

Beliau berkata kesemua 29 pemain hadir ke kem latihan pusat, yang juga merupakan pentas pemilihan skuad ke China, mempunyai peluang sama rata dan mereka menunjukkan kesungguhan tinggi bagi merebut tempat dalam pasukan.

“Jangan fikir mereka (pemain muda) tidak boleh bermain, mereka memang bagus dan persaingan itu saya lihat sesuatu yang sangat berharga bukan untuk diri saya sahaja tetapi semua pemain senior di dalam pasukan untuk kami meningkatkan lagi prestasi.

“Perasaan tergugat itu memang ada kerana ramai pemain boleh bermain di posisi saya sebagai penyerang tetapi itu tidak menjadi masalah kepada saya. Saya hanya perlu bekerja keras dalam latihan dan cuba elak daripada kecederaan,” katanya kepada bernama.

Thanabalan berusaha memastikan fizikal dan kecergasannya berada pada tahap terbaik. (Gambar :  FAM)

Pengendali liga, (FMLLP) mengumumkan Negeri Sembilan dan PKNP FC yang beraksi dalam Liga Perdana musim ini, dinaikkan ke saingan Liga Super 2018 bagi menggantikan Felda United dan Terengganu II yang diturunkan ke Liga Perdana musim depan.

Ketika diminta mengulas mengenai pasukan Negeri Sembilan, Thanabalan berazam memberi yang terbaik dalam membantu negeri kelahirannya itu mengharungi saingan musim depan yang lebih mencabar.

“Saya amat gembira dan menganggap ia satu rezeki. Kalau orang sudah beri kita peluang, kita tidak akan mensia-siakan peluang tersebut. Saya akan cuba memberi yang terbaik pada setiap perlawanan jika diturunkan,” katanya

Thanabalan juga turut mengakui perlu berusaha gigih bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama dan perlu membuktikan kemampuannya dengan membantu kemenangan pasukan.

“Selain memastikan dapat beraksi dalam setiap perlawanan sepanjang musim depan, saya juga mahu memainkan peranan berkesan dengan menjaringkan lebih banyak gol dan seterusnya memastikan Negeri Sembilan mencatat kejayaan.

“Peluang beraksi dalam saingan Liga Super tidak boleh disia-siakan. Negeri Sembilan perlu menunjukkan satu persembahan yang bertaraf lebih tinggi berbanding ketika beraksi dalam Liga Perdana.

“Ini kerana pentas Liga Super menjanjikan laluan sukar untuk setiap pasukan mendapatkan kemenangan dan sebagai pemain yang berada di barisan depan, saya berharap dapat menjaringkan gol,”

Pengalaman beraksi dengan pasukan FELCRA FC akan dimanfaatkan sepenuhnya.

Thanabalan yang kembali bersama skuad Hobin Jang Hobin selepas dipinjamkan kepada FELCRA FC bagi saingan Piala FAM 2017, akui akan wujud saingan lebih sengit daripada kalangan pemain untuk beraksi dalam kesebelasan utama pasukan berkenaan.

“Saya ada sedikit pengalaman beraksi dalam Liga Super pada 2013 iaitu tahun terakhir sebelum Negeri Sembilan tersingkir ke Liga Perdana, tahun berikutnya. Walaupun ketika itu saya kerap memanaskan bangku simpanan dan sering turun sebagai pemain gantian serta beraksi hanya dalam tempoh antara 10 hingga 15 minit, tapi ia sangat bermakna,” katanya kepada berita harian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN